Terkesima sekejap tengok ustaz DON. tak nampak langsung gaye seorang ustaz. dah la pakai spek rayban dengan tali leher merah menyala. memang tersangat lah sempoi dan stylo yo. yang berjubah tak semestinya ustaz, yang ustaz tak semestinya berjubah kan. apa yang penting don't judge a book by its cover. sedetik lebih bersama ustaz sangat best. banyak sangat ilmu yang dapat dipelajari dan aku telah jatuh hati dengar ustaz bace ayat suci al-quran.. ^_^
Tuesday, May 29, 2012
Thursday, May 24, 2012
untuk awak yang bajet romeo
Assalamualaikum ^_^
tibe-tibe saya teringat kat awak. tak tahu lah kenapa. sejak kebelakangan ni, saya rase macam saya takde mase untuk awak. sori sangat-sangat ye. awak pulak selalu balik keje lewat. malam-malam pun awak masuk pejabat. kesian awak. saye nak bagi ubat kat awak ni biar awak senyum je dua puluh empat jam macam orang sawan.hekhek
dulu awak nak kawan dengan saya. tapi saya taknak kawan dengan awak.
macam-macam awak buat nak kawan dengan saya. tapi saya tetap taknak kawan dengan awak.
mula-mula, awak cari rumah saya. awak jumpe mak saya. awak bawak saya keluar pastu belanja saya cool blog tapi saya tertumpahkan cool blog tuh dalam kereta awak.
saya malu sangat-sangat tapi awak senyum je.
daripada saya taknak kawan awak terus saya nak kawan dengan awak.
lepas tuh, awak datang rumah saya.
awak jumpe family saya.
ayah saya garang sangat-sangat. ayah tengok awak macam nak makan. dari hujung rambut sampai hujung kaki semua ayah telek.
tapi awak rilek je.
awak bajet macho kan?
saya segan sangat-sangat sebab saya orang kampung je banyak kekurangan.
awak cakap takpe awak terima saya seadanye.
awak takkan biarkan saya susah sensorang.
susah macam mane pon situasi saya,
awak mesti nak jadi wonderpets untuk saya.
awak bajet hero bukan?
eh, ingat saya cair ke?
saya tahu awak cuba nak nampak romeo depan saya.
mase arwah abah saya meninggal, saya rase tertekan sangat-sangat. saya terkejut.
awak ajak saya tengok wayang cite avangers.
tapi awak..
macam mane saya nak fokus tengok cite tuh kalau hati dan perasaan saya sangat-sangat tak tenang mase tuh.
lepas tuh, buat pertama kalinye, awak belikan saya kasot merah.
eh saya suke. suka sangat-sangat awak!
konon sweet lettew.
tapi awak hati saya suke sekejap je.
lepas tuh, saya menangis banyak sangat-sangat kan?
walaupon romeo awak tak brape nak menjadi, saya tetap hargai.
awak suke membebel. potpet awak susah nak berhenti.
cik ani belakang umah saya tu pon kalah.
kadang-kadang saya buat tak tahu je. ngeh3
awak cakap saya degil.
awak memang suke cari pasal dengan saya.
saya pulak memang suke buat awak marah.
awak marah kalau saya buat salah padahal saya buat bende betul.
mungkin awak ingat apa yang awak buat tu lagi betul.
takpe. saya mengalah. lepas tuh awak pulak selalu mengalah.
padan muke. hahaha
saya tahu awak suke bajet penyabar layan kerenah saya bukan? :p
saya hargai apa yang awak buat untuk saya.
Ya Allah, jika benar kau hadirkan si dia di dalam hidupku,
Engkau dekatkanlah hatinya kepadaku,
Dan dekatkanlah hatiku kepadanya,
Semoga perhubungan ini diberkati dan tidak sia-sia.
Insyaallah.
Engkau yang maha mengetahui segalanya.
Mungkin si dia sang pelangi indah yang Engkau berikan kepadaku.
Setelah hujan dan ribut petir Engkau datangkan kepadaku.
Amin Ya Rabbal Alamin...
hard work pay
doodles cik mel amalina :)
jam menunjukkan pukul 2.30 minit pagi. tibe-tibe rase nak menghupdate blog sebab otak sudah tidak mampu untuk mengolah sebanyak mungkin perkataan untuk menyiapkan projek ilmiah tahun akhir. mate sudah tidak mampu untuk memahami istilah dan simbol-simbol dalam jurnal-jurnal lama matematik. jari-jari sudah kepenatan menaip berhari-berhari. nescafe sudah tidak mampu lagi mengaktifkan neurotransmitter. semakin banyak kali dibace, semakin bertambah idea untuk membuktikan teorem-teorem matematik tetapi apabila jari mula menari-nari di atas papan kekunci kebuntuan melanda. segala idea lari bertempiaran. bagaimana konsep matematik yang penuh dengan pelbagai istilah, simbol, algoritma serta formula hendak di olah di atas layar putih microsoft word? alangkah bahagianya rase jika seorang pelajar matematik dapat mengolah ayat matematik dengan baik seperti seorang pelajar sastera sedang berkarya dengan penuh puitis. pasti Dr. Zabidin berbesar hati dan tanpa ragu-ragu memberi A kepadaku. tapi itu semua hanyalah angan-angan :( saat ini juga, pasti semua rakan-rakan sedang bertungkus-lumus menyiapkan projek masing-masing. siang tadi baru selesai asignment video meeting untuk subjek english for occupational purpose , esok ade mock job interview, minggu depan presentation bisnes proposal dan submit tesis, minggu depan lagi mula exam dan presentation untuk asignment subjek topology. presentation projek ilmiah tahun akhir menunggu giliran. semoga segala urusan dipermudahkan..amin
i know i'm not working hard enough, but surely i know all the hard work will pay off someday...
i see some people are living good while i'm struggling but i know i'll be living better...
sabarlah wahai hati.. ^-^
Friday, May 18, 2012
Final Exam. Final Semester. Final Year.
Draft final exam da keluar! ahhh meroyan kejap. Rase macam baru je semalam daftar sem tetibe jadual exam da keluar. Tetibe kuliah tinggal dua minggu je lagi. Tetibe tinggal sebulan je lagi aku kat bumi UMT ni. Tetibe da nak abes dah belaja. Tetibe rase taknak abes belaja pulak sebab nanti tak dapat jumpe kawan-kawan lagi. Apakah ini? Mase terlalu cepat berlalu atau aku yang tak sedar mase tuh berlalu. Memang betul pun cakap kawan-kawan, zaman matrik kite belajar erti percintaan, zaman universiti pulak kite belajar erti persahabatan. Walaupun kawan mase matrik dan kawan mase universiti jauh berbeza tapi aku bersyukur sangat dikurniakan kawan-kawan yang hebat. Terima Kasih Tuhan..
4/6/12 BBB 3103 English for Occupational Purpose
13/6/12 BBB 3201 Bahasa Melayu Ilmiah
14/6/12 COM 3102 Komunikasi Kumpulan Kecil
17/6/12 MKP 4301 Advance Numerical Analysis
19/6/12 MKP 4602 Topology
End of may = Submit final draft FYP
semoga dipermudahkan segala urusan.amin..
Wednesday, May 16, 2012
selamat hari guru..
cikgu bahari tetap di hati.
walaupun cikgu dah lama pergi meninggalkan kami tapi jasa dan pengorbanan cikgu tetap dalam ingatan dan kenangan kami. kami amat merindui cikgu. semoga cikgu aman disana dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. SELAMAT HARI GURU, CIKGU! sekalung al-fatihah tanda ingatan kami buat cikgu..
kata orang; sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna lagi. itulah yang terjadi kepada aku dan kawan-kawan SKPP yang lain. dah menjadi kewajipan setiap kali raya, kitorang akan berkumpul raya rumah kawan-kawan pastu malam raye umah cikgu-cikgu pulak sampai tak ingat nak balik umah sendiri. sekolah kampung kan berapa kerat jelah studentnye. tapi last year, tak tahu lah maybe sebab cuti sekejap je then masing-masing ade agenda tersendiri so kitorang tak sempat raye umah cikgu-cikgu. mase raye tuh jugak, murni kawen (budak yg mulutnya paling kecoh mase skolah dulu) so, ofkos la kitorang sume datang dengan cikgu-cikgu pun datang. murni ni pulak TLDM bertemu jodoh pun dalam TLDM. mau tak grand die kawen. memang melopong la mulut kitorang sume tengok. mase tuh jugak arwah cikgu bahari tanye bile nak beraya umah saye. kitorang jawab nanti kitorang datang nak raye uma cikgu fauziah, cikgu mohammad, cikgu azizan dll skali tapi lastly satu uma cikgu pun kitorang tak pegi beraya. kenapa ya? tak ingat la. mase dapat berita cikgu dah takde, memang kitorang terkilan sangat-sangat. sampai makayah kitorang pun cakap kenapa lah korang tak pergi beraye umah cikgu bahari last year kan da menyesal. :'(
mase muni kawen.. :)
abaikan budak paling tinggi dalam gamba tu ye..
Sunday, May 13, 2012
Final Year Project.
Dear en.FYP, please be nice with me ok! :)
Saturday, May 12, 2012
Being matured? or acting like you're matured enough? or just simply you are already matured?
Matang?
Apakah maksud matang atau seseorang boleh di-consider sebagai matang?
Aku tiada jawapan bagi persoalan ini, tetapi apa yang aku pasti sepastinya, apabila umur meningkat, tidak semestinya pemikiran itu semakin matang dan semestinya orang yang muda memang tidak matang. (YA, aku memang tak boleh terima pendapat ada sebahagian orang yang lebih muda di-consider sebagai matang). Ini kerana faktor pemikiran yang muda itu tetap muda..maka akan ada sebahagian dari dirinya tidak akan boleh berfikir dengan stabil lagi.
What ever it is, it is a process of living. And being matured depend on where do you live, while environment jadi number 2. Because where do you live, or where your foot take you to, akan ada different perspective dan tanggapan yang membuat otak berfikir matang/tak matang, komunikasi dua hala antara orang dsb.
Ya. aku melalut lagi. Terima kasih.
Btw, baru-baru ini banyak sangat kejadian yang berlaku di sekeliling aku dan tak kurang juga orang yang takde pasal tak sudah-sudah mencari pasal. Kenapa ya?
Well. some changes need to be force. If you want to change yourself, you just need to force yourself. Umur macam aku 23 tahun, ialah umur yang tak mungkin boleh berubah lagi (kalau ada perangai yang tak diubah sejak umur 16 tahun).. So, nak berubah tak boleh bagi can atau manjakan diri lagi. KENE PAKSA!
Apakah maksud matang atau seseorang boleh di-consider sebagai matang?
Aku tiada jawapan bagi persoalan ini, tetapi apa yang aku pasti sepastinya, apabila umur meningkat, tidak semestinya pemikiran itu semakin matang dan semestinya orang yang muda memang tidak matang. (YA, aku memang tak boleh terima pendapat ada sebahagian orang yang lebih muda di-consider sebagai matang). Ini kerana faktor pemikiran yang muda itu tetap muda..maka akan ada sebahagian dari dirinya tidak akan boleh berfikir dengan stabil lagi.
What ever it is, it is a process of living. And being matured depend on where do you live, while environment jadi number 2. Because where do you live, or where your foot take you to, akan ada different perspective dan tanggapan yang membuat otak berfikir matang/tak matang, komunikasi dua hala antara orang dsb.
Ya. aku melalut lagi. Terima kasih.
Btw, baru-baru ini banyak sangat kejadian yang berlaku di sekeliling aku dan tak kurang juga orang yang takde pasal tak sudah-sudah mencari pasal. Kenapa ya?
Well. some changes need to be force. If you want to change yourself, you just need to force yourself. Umur macam aku 23 tahun, ialah umur yang tak mungkin boleh berubah lagi (kalau ada perangai yang tak diubah sejak umur 16 tahun).. So, nak berubah tak boleh bagi can atau manjakan diri lagi. KENE PAKSA!
Am i matured enough?
on behalf of my heart..
There are times when i found myself very emotional and i just can't help. To be seen as a week person is something that i hate the most. I cried a lot. And sometimes i will just stay silent. But remember, silence is often the loudest cry as it hurts the heart until you don't feel like crying, still it cause your heart a major heartache. Then, i came across this quote;
" If Allah bring you to it. He will bring you through it. Have faith. "
Alhamdulillah, i passed through it. Thank you Allah for gives me this strength to move on my daily life. Thank you friends for being with me through my hardest time. Thank you friends for lending me your ear listened to my sad story and made you cried too. Thank you for all people around me giving me a very honest advice and support. Thank you en. haziq lend me your shoulder for me to cried on and be by my side all the time.
Innalillahi wainailaihi rajiun. Semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.
Semoga semua yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya. Semoga semua orang memaafkan perbuatan lalu abah dan dia tenang di sana. Semoga kasih-sayang yang terputus lebih 20 tahun yang lalu bertaut kembali. Biarpun perjumpaan itu kali yang terakhir tapi aku akan ingat sampai mati. Masha Allah hebatnya dugaan-Mu ini tuhan..
Friday, May 4, 2012
almost a year..
we have been friend almost a year and it is so nice to knew you.. ^_^
p/s : da lame sebenarnye simpan gamba ni.. alhamdulillah both of our family da bagi green light..
Tuesday, May 1, 2012
minggu lepas punye cerita..
da lame aku tak update blog kan..bersawang-sawang da..rase macam nak delete je blog ni tapi sayang la pulak..biar jela nak buat pekasam boleh?hahaha akhirnye, hari-hari yg sangat memenatkan berlalu jugak..siyes weh penat sangat2 minggu lepas..ade 4 test tapi test topology postpone hari ahad ritu..dr.fatah cakap kesian kat kitorang..die taknak bebankan student sbb 2 postpone test..yeahh lebiu dr.fatah :) pastu kene jumpe papa bidin lak discuss pasal final year project..ni lagi satu masalah besar..rase menyesal pon ade jugak pilih proving mathematics tok FYP ni..nak taknak kene proceed jugak kalau nak grade bulan sembilan ni ye dak echa! aku sorang jumpe dr.bidin sampai satu jam setengah padahal nak proof 3 theorem je..tu pon satu lagi theorem sambung minggu depan sbb aku da tak tahan nak masuk toilet terpakse cakap kat dr. kite sambung minggu depan boleh pastu jalan cepat-cepat pegi toilet dengan muke tak malu..huhu pastu minggu lepas gak tetibe mate merah giler-giler sebab mase tuh bajet nak bace note advance numerical analysis sebab prof nak buat oral last-last tertido baek punye dengan lens tak cabut bangun-bangun tengok mate da merah..malam tuh study mate da pedih-pedih tapi wat bodo sebab study baru ciput esok nak jawab test..bangun tido esok pagi mate merah lagi..buat bodo lagi pegi class jawab test..balik class dudok-dudok tetibe mate sakit tak boleh nak kelip-kelip..tepon mak buat suare sedey sebab nak ngade-ngade tapi kene marah sebab kacau die tengah jalan-jalan kat penang..majok dengan mak sebab lupe kat anak perempuan sorang die nih..nasib baik ade mak En.Haziq..hehehe terus tak jadi majok pegi klinik teros jumpe MA Haziq..tak dapat jumpe En.Haziq dapat jumpe MA Haziq pon ok gak..naseb baek MA Haziq ade janggut leh feeling-feeling macam jumpe En.Haziq..ihiks okeh rase macam aku nak kene penampau je sebab gedik..haha lepas cek MA tuh cakap mate aku letih, tak cukup rehat, low blood pressure pastu demam..tetibe macam-macam lak penyakit aku ni kan..esoknye mak tepon tanye da pegi klinik belom tapi malas nak layan sebab majok kan..mak tanye dokter cakap ape taknak jawab jugak..mak start tinggi volume okeh terus cakap..haha mak tanye ko tak makan eh? giler tak makan satu hari tak jumpe nasi tak sah hidup aku..hehe mak tanye lagi..ko tido pukul bape? aku jawab 2-3 pagi.. mak cakap takde awal lagi ko nak tido..aku cakap keje banyak mak.. mak cakap lagi..blaja-blaja gak tapi tido tu penting..yup itu memang betul sbb tuh hobi aku tido..hehe mak cakap lagi jangan tido lambat-lambat, jangan asyik nak maen-maen je (sbb aku suke buat keje last minute), makan jangan lupe..ko tuh da last sem tinggal bape bulan je lagi nak abes..aku taknak dengau ko ade fail eh..okeh ni warning! tarik nafas dalam-dalam pastu aku jawab baek mak..mak da tengok gambau orang dinner ari tuh? tukar topik sebelum mak bagi motivasi dgn lebih panjang lagi..haha mak jawab belum aku bz..amboi kemain lagi..nanti mak tengok anak mak yg comel ni eh..mak jawab nak muntah aku dengau..aku jawab da kenyataan mak..oteh pun cakap da besau da anak buah oteh ni..makin cantik sekarang..hahaha mak cakap da3 malas aku nak layan ko nih..pegi bace buku....
mood : rindu dekat mak saye lah..rindu dekat air teh mak..rindu nak kacau mak jahit baju sampai kene halau ngan die..haha paling rindu nak gadoh ngan mak ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)