Sunday, December 25, 2011

please be rasional dear...


Kadangkala kita keterlaluan dalam meluahkan apa yang terpendam dalam hati.

selalunya dalam sesuatu kes.kalau ada anasir luar masuk campur.kes itu amat payah untuk diselesaikan.bertindak sesuka hati dan mengikut emosi.Sampaikan ada pihak yang tertindas dan orang sepatutnya bertanggungjawab dan berhak keatas sesuatu menjadi kelu akibat masalah semakin rumit.Dah timbulkan masalah,lepastu kau cau macam tu sampaikan kes tersebut tak selesai.Memang susah kalau orang luar sibuk nak masuk campur urusan pengurusan ni.kalau orang luar,tolong buat cara macam orang luar.

Semua orang ada persepsi ,ada pandangan masing-masing.Jangan hanya kerana kita 'tidak senang' ataupun apapun masalah peribadi kita yang tidak berkesudahan atau kita merasakan pandangan kita seorang sahaja yang betul ,dan kita pun simpulkan pandangan dari department kita sendiri adalah sebenar-sebenar dan sebetul-betul pandangan di dunia ini sampai tidak ambil pandangan pihak lain.dan menjadikan kononnya pandangan anda seorang,SEORANG,sudah cukup untuk mewakili pandangan orang lain.

please,be rasional.

macam best je kan ayat-ayat kat atas ni..sesape yang terasa tu sori lah ye sebab ni bukan ayat aku..ni ayat kawan sekolah aku same2 sharodzians, miss khairina mazlan..aku baru terjumpe blog die..hehe

tapi betol jugak ape die cakap tu..tak salah nak meluahkan perasaan tapi biarlah berpada-pada ye dak..janganlah nak emo sangat..ni tak kalau emo je ko tweet, emo je ko post kat fb, emo lagi ko buat entry kat blog..cube ko bayangkan kalau ko yang hangat diperkatakan tu pastu orang-orang lain bace lak..malu oi! alahai nak kene banned agaknya aku ni...tak de lah aku pun berpengalaman gak bende-bende gini but i learned from my mistake ok...betol agaknye en.haziq cakap aku ni lurus bendul..ikut je cakap orang..tapi tu lah aku..kekadang aku rase laman sosial ni banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan..dan aku selaku orang yang penah merase keburukan tu terpakse bajet cool padahal dalam hati ni allah jela yang tahu..

so..papepun jadi pikir dulu sebelum kite nak buat pape..
terlajak perahu boleh undur, terlajak meluahkan kata-kata pastu orang lain bace kecoh oi satu dunia..
bende kecik jadi besar..campur plak anasir-anasir jahat lagi lah jadi worse bende tu..
konklusinya...bersabarlah wahai hati.... ^_^

Study Week...


STRESS!!! tu lah yang aku boleh cakap pasal study week..

kepala serabut..otak kusut..rambut gugur macam baru lepas buat kimoterapi..mengadap laptop tiada henti menyiapkan proposal final year project..membaca buku-buku usang general topology yang helaiannya telah bertukar menjadi kuning-kekuningan..membaca jurnal-jurnal  mathematicians purba yang berbagai simbol..rase seperti mahu memuntahkan segala isi perut pastu tidur 24 jam tanpa igauan ngeri study week yang begitu membebankan...

                                                                                                     aku tak kuat....




                                                                                                                                          

jangan terlalu memilih jodoh...


Jom share sal soal jodoh..alahai :D
Ok memang betul jodoh kita telah tertulis sejak azali lagi.
Tapi kalau takde usaha tak gune jugak kan.
Jodoh kita takkan datang bergolek tanpa usaha, doa dan tawakal.
Ye. Memang semua orang inginkan yang terbaik untuk mase depan kelak.
Tapi tak payah la terlalu memilih bagai.
Jom baca dengan penuh teliti tentang kisah kat bawah ni...

Ini kisah perjumpaan dua orang sahabat yang telah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual dan bersenda di sebuah cafe. Pada awalnya topic yang dibualkan adalah soal nostalgia zaman sekolah dulu, namun akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang.

“kenapa sampai sekarang ko tak menikah lagi?” ujar seorang kepada temannya yang masih membujang.
 Sejujurnya sampai sekarang aku masih mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya aku masih membujang. Dulu waktu aku di utara, aku berjumpa dengan seorang wanita cantik yang bijaksana. Aku fikir inilah wanita ideal untuk aku dan sesuai menjadi isteri aku. Namun lepas berkapel baru aku tahu, dia sebenarnya amat arrogant.hubungan kami putus sampai di situ.

Di Ipoh aku jumpa seorang wanita yang cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada pertemuan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesing kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru aku tahu, banyak tingkahlaku dia yang tidak baik dan tidak bertanggungjawab.

Ketika aku di JB, aku bertemu dengan seorang wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila di ajak berbicara dan penuh humor. Tapi last2 aku dapat tahu dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecah – belah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Aku terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang aku jumpa. Sampai pada suatu hari, aku jumpa dengan wanita ideal yang aku impikan selama ini. Dia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat prihatin dan sayang kepada orang lain. Aku fikir inilah pendamping hidup aku yang dikirim Tuhan untukku.

“  lantas “ sergah temannya yang dari tadi tekun mendengar.
“ apa yang terjadi? Kenapa kau tak terus meminangnya? “
“ eh kau ni..lek lu..hahaha” ni ayat aku eh bukan ayat orang yang dalam cerita ni :D
Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang menjawab.
“ baru sekarang aku mengetahui yang dia juga sedang mencari lelaki yang sempurna”.

KESIMPULAN :-
Tahukah anda maksud yang tersirat di sebalik cerita itu??
NOBODY’S PERFECT!
Jangan sia – siakan apa yang sudah ada di hadapan kita,
Belum tentu kita akan dapat yang lebih baik daripada yang kita ada sekarang.
Kalau kita nak cari yang sempurna,
Check dulu diri sendiri.
Apakah sudah SEMPURNA di hadapan orang lain?

Sekian.
xoxo

Thursday, December 1, 2011

puisi zahiril buat shera

“Zahiril berpura-pura terjumpa kertas dalam tuxedo, ketika itu Shera sedang khusyuk mendengar lagu I will always love you – ungu, yang dinyanyikan abang Zahiril, tiba-tiba Zahiril bangun dan menujukan puisi buat isterinya, yang magisnya ada mic tersembunyi dalam tuxedo beliau”












“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.”
mood: bestnye jadi shera...jeles ni..haha rase macam nak kawen jugak la :P
*giler miang siot ak ni..*

Friday, November 18, 2011

HIDUP DALAM DUNIA HIPOKRIT..


Mereka kadang kala prejudis terhadap kita.
Mereka kadang kala meninggi diri dengan kita.
Mereka kadang kala suka merendah-rendahkan kita.
Mereka juga kadang kala suka melihat kita jatuh tersungkur.
Dan,
Kadang kala kita juga hanya dipandang sebelah mata.
Serta,
Aku tak sampai hati nak menyatakan bahawa mereka adalah .....
Sehingga kini aku tak habis-habis berasa terkilan dengan mereka.

Mungkin pada mereka, aku bukan sahabat mereka.
Mungkin pada mereka, aku hanya orang asing yang menyibuk dalam hal peribadi mereka.
mungkin pada mereka, aku tidak bernilai langsung.
Namun,
Aku juga punya sekeping hati yang ingin dijaga seperti mana aku menjaga hati mereka.
Aku cuba untuk tidak ambil pusing akan perbuatan mereka yang acap kali membuatkan aku tertanya-tanya adakah kewujudan aku tidak diperlukan langsung.
Aku cuba untuk tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh, 
Namun jika perkara yang remeh-temeh itu acap kali berulang, ia bisa meninggalkan parut di hati ini.

Aku cuba untuk bersikap dewasa..
Aku cuba untuk tidak terasa hati..
Aku cuba menasihati..
Namun, tiada kata maaf yang diluah.
Malah, perang dingin yang melanda.
Aku buntu...

mungkin pada mereka.
"u are my friend but not my bestfriend"


SAHABAT...



Dalam berkawan, aku cuba bersikap jujur dan bersahaja. Kadang-kala cuba menjadi se-sweet yang mungkin agar kawan itu juga merasai manisnya bersahabat. Tapi, tanpa sedar, kita jadi hipokrit. Kita tak suka, tapi kita buat-buat suka. Kita rimas, kita buat-buat tak rimas. Manusia. Kawan itu manusia biasa. Jadi, mana ada yang sempurna. Seperti juga aku. Aku-kau. Kita tetap sama. Kalau kau begitu, aku mungkin juga begini. Jadi, kita terima seadanya.

Aku adalah orang yang tidak punya apa-apa untuk diberi jika ada tangan menghulur mohon dibangunkan. Sekadar berkongsi rasa, menadah telinga, mengangkat kata semangat adalah bukan hal yang bisa membebankan aku. Tiada apa yang bernilai, walau adakala aku gelisah dan risau sekiranya telingaku tidak mampu melegakan dan memberi apa-apa perubahan buat mereka-mereka yang meluahkan. Namun, dalam hati kecil ini, aku hanya mampu berharap agar si peluah itu lega dan walau tidak dibantu sempurna, sekurang-kurangnya aku tahu dia tidak keseorangan tanpa teman.

Mungkin aku dilihat menyedihkan kerana mahukan setiap perhatian dari orang bergelar sahabat. Namun, ketahuilah bahawa, bukan semua mereka-mereka itu yang aku cuba berkongsi rasa. Pabila aku rasa mereka itu penuh dengan kepercayaan, maka dialah beruntung kerna dipilih aku. Tapi sayang, aku sentiasa tersalah pilihan. Apa yang boleh aku katakan lagi. Setiap orang itu, belum tentu punya telinga yang setia untuk seorang sahabat yang menyedihkan seperti aku. Tapi, jangan bimbang, aku ini pencinta sahabat paling terhormat. Selepas keluarga, mereka-mereka yang aku sayang adalah sahabat di keliling aku.


Hinalah, rendahkanlah diriku ini sebagai manapun sahabat. Aku tetap setia menjadi orang yang akan sentiasa tersenyum manis denganmu.

Kerna bagi aku itu, sekali kita berkawan, selamanya tetap menjadi kawan.

Dan kamu-kamu juga adalah sahabat setia aku di sini.



Wednesday, November 2, 2011

Jalan2 cuti deepavali...


Assalamualaikum…

Da name pun cuti kan..x kan la nak terperap dok kat uma je..ye dak?? Lagi satu muke aku ni memang takde maknenye nak dok uma 24 jam..mule-mule berangan nak pegi KL nak pegi berfoya-foya kat genting tapi ayah aku x bagi pegi lak..emm sedey giler siap da mimpi maen roller-coster kot..tengok gamba  kawan2 bersuke-ria kat genting ari tu siyes aku jeles..  :’(

To my bestie muas and alin,sori sangat2 dear..aku slalu spoilkan plan kite nak hang out same2..

Takpe2 ade lori,ade bas..ade hari,aku balas..hahaha (gelak jahat)
X payah nak sedey sangat la echa oi..x jadi pegi KL,pegi jalan2 kat ganu ni pun ok what..so tempat yang di tuju untuk menghilangkan segala kekusutan dan keserabutan dalam kepala ni ialah kuala abang,pantai kemasek and mesra mall..even name x sehebat genting dan pavillion tapi kitorang jumpe ahmad idham,zizan ngan Juliana evans kot tengah shooting cite mail lambung kat kuala abang..ko ade??haha
aku memang tabik spring la dekat iza and yana selisih bahu ngan zizan boleh buat x tahu je..kalau aku konpem “abe zizang, amek gambo ngang saye boleh dop?” oit..bajet pandai sangat cakap ganu aku ni :P


















aku benci gamba ni sebab aku nampak pendek..loll :(


yana mahmud..ni best shoot kite..macam tengah meredah hutan belantara pulak..haha



geng 89 - pose yang same ye..terbaek la :)

ok..now gamba bajet comey tuan punye blog..hehe




kepada tasya, scha, iza and yana...sangat best weh hang out dengan korang..walaupun plan nak pegi pulau x jadi..mini pulau pun ok ape..haha papepun next sem misi kite nk pegi pulau mesti jadi by hook or by crook..

ok bai!


Tuesday, October 25, 2011

22 is a nice number :)

hahaha...belum pape da gelak ke echa oi :p

Since we are on budget, I didn't expect any celebration or present. but since membe2 tersayang da berpenat-lelah masak nasi ayam yang superb best so I had to say YES! walaupun aku da tau awal-awal da plan korang maen masak-masak pada hari tersebut sebab nak meraikan ulang tahun kelahiran aku tapi terpaksa buat-buat tak tahu..hahaha
ye pun nak masak nasi ayam x payah la ajak aku skali g HOCK KEE SENG beli ayam..beli daun sup..beli kiub ayam..memang terang lagi bersuluh la aku tau plan korang..LOLL :p
papepun thanks sangat2 ye kawan2.. saya sangat terharu sebab :-


    1. nasi yang tasya masak sedap.
    2. ayam dolly sangat sedap.resepi orang perak kan..
    3. percubaan loll buat sos nasi ayam 2 sedap jugak...
    4. sup ayam tika lagi la sedap....
    5. kek ais krim coklat yang iza beli tersangat la sedap.....
konklusinya, sume SEDAP!!!!

and my WISH LIST :-
    1. nak jadi KAYA
    2. nak jadi KAYA
    3. nak jadi KAYA (3 kali ulang maksudnya aku memang nak jadi KAYA!)
    4. nak naekkan POINTER yang x brape nak baek 
    5. nak jadi MATURED (klu boleh)
    6. nak serius in my RELATIONSHIP (insyaallah)
    7. MAY ALL MY DREAMS COME TRUE!
    8. _________________________________
    9. _________________________________
    10. ________________________________


 8,9,10 belum difikirkan lagi..hehe


kawan-kawan saya..loll-dolly-tika-tasya

cucu atok jumat - echa chot :)


Thursday, October 13, 2011

rambut same itam tapi hati laen2...


Manusia memang ada macam-macam fi'il. Bukan dengan semua orang kau boleh masuk. Kadang-kadang kau boleh ngam dengan sipolan ni, tapi bila dengan sipolan ni pulak, kau tak boleh.

Lain orang lain perangainya.

Kita tak perlu anggap yang semua orang suka dengan kita.

Ada orang benci dengan cara kau jalan, ada orang benci cara kau makan, ada orang benci kemain dengan cara kau cakap. Itu belum lagi masuk perihal pendapat.

Pendek kata, segala-galanya mengenai kau adalah annoying.
( amboi,melampau lak kau ni sampai macam tu sekali! )

Tak perlu nak terlalu memikirkan benda ni sangat. Take it as a challenge.


So, bila terjadi benda-benda macam ni dekat anda, jangan risau.

Tak perlu susah hati dan berdukacita.

Nasihat aku, katakan pada sipolan-sipolan yang double annoying itu, "lantak kau lah, bukan kau yang bagi aku makan".



Monday, October 10, 2011

taktik mengelak di-ngorat oleh lelaki durjana

assalamualaikum korang!  :)


p/s : selalu lah peraktikkan pada mana-mana lelaki yang sengal! hahaha ... selamat mencuba ! ^_^





Thursday, October 6, 2011

the LI's stories...


Assalamualaikum w.b.t

I’m back!!! mcm poyo je ayat aku ni .. whatever..ade aku kesah..hahaha
Da lame aku x update blog, bile nak update blog ade la 10 minit gak aku pk nak tulis ape mule2 ni.. aishh rase mcm da nak quit je jadi blogger ni tapi naseb baek la terjumpe someone kat pasar malam ari tu, die tanye aku kenapa da lame x update blog.. wow x sangke aku ade follower rupenye..haha sengal!

Pada cuti semester yang lepas saya telah menjalani Latihan Industri di Pejabat Operasi Muar, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor selama 8 minggu bermula 9 mei sehingga 30 jun 2011. Semasa saya menjalani Latihan Industri di organisasi tersebut, projek Banci Ekonomi 2011 bagi Fasa 1 baru sahaja bermula… pergh giler skema ayat aku.. alhamdulillah, berkat kesabaran aku yang x brape nak sabar sangat ni akhirnye siap jugak laporan akhir latihan industri aku setelah di reject dengan sangat teruk oleh penyelia aku.. aku rase setiap page report aku tu ade dakwat merah.. mane taknye tatabahasa aku x payah cakap la lintang-pukang sebab 2 BM aku mase SPM dulu pn dapat B.. sob..sob.. pastu aku ni memang da cuai so x payah nk cakap banyak memang aku kena buat balik report 2..

 Mase 1st day lapor diri punye la kecot perot nak masuk ofis 2, skali waktu rehat aku da senyum sampai telinga sebab  first aku jumpe jihan, budak UPM same2 praktikal dengan aku dan farah budak UMT cam aku gak, second dila,kawan lame aku mase skola rendah dulu pun keje kat situ.. memang kecoh la mulot aku da jumpe kawan kan..hahaha tetibe rindu lak kat dorang sume rase macam sekejap je aku praktikal kat situ.. rindu nak merempit g keje ngan dila, pastu pagi2 kacau fara tepon pakwe die, pastu sebelum buat keje salam k.adhwa, k.mar, k.nabila, k.izah, faten..g bekfes same2, paling x boleh blah budak suke makan tempe a.k.a jihan..hahaha maen2 je keje kitorang..x penah nak siyes buat keje sampai org2 kat ofis 2 cakap kat mane ade aku, kat situ la ade jihan..kalau aku diam satu ari memang bukan aku la 2.. adoi rindu bangat kat korang ni… :( such a great memories with u all!!!

Ni kawan2 same praktikal dengan aku..yg pakai spek 2 fara, sebelah die si chantek 2 jihan, aku.. pandai2 korang la cari..malu I nak cakap..hahaha :P

Nampak x kekontraan di antara kami..yg gelap + tembam 2 aku..yg puteh + chantek 2 penyelia aku – k.adhwa

with kak nabila :)

With kak izah :)

aku paling suke gamba ni..fara makan comot + jihan mate 2 x payah nk bulat sangat la..hahaha :P

Si chantek zeehan :)

ok..aku gemok....

last but not least...