Tuesday, October 1, 2013

Belajar Terima

Jujur aku jenis dendam.


tapi sebenarnya aku sedar semua tu tak baik. selama ni aku sedar tapi aku sengaja buat-buat tak sedar sebab aku jenis keras hati. bila marah tu datang aku memang dah tak peduli apa orang lain cakap. sentiasa rasa yang diri sendiri jugak betul. kau nak cakap apa kau cakap. aku boleh buat kering. masuk telinga kiri keluar telinga kanan. itu pun kalau masuk. sebab kadang tu tak sempat masuk telinga kiri dia dah melantun keluar. nampak tak dia punya kering tu macam mana. sebab tu bila kena maki hamun aku boleh senyum balik.


luar je senyum tapi sampai satu masa aku akan duduk sorang-sorang lepastu aku muhasabah diri.
lama.


tanya balik mana silapnya
fikir balik apa sebabnya



bukan sehari aku macam ni. bukan jugak dua hari. bukan seminggu. dan bukan sebulan. sebenarnya dah terlalu lama. aku simpan aku pendam dan aku dendam. tapi sekarang aku rasa cukup lah sampai sini. aku kena belajar terima.


semua orang buat silap. aku dia kau mereka, semua pun pernah buat silap. cuma satu je cara untuk tenangkan balik diri kita yang sakit teruk tu. belajar terima. ada sebab kenapa Tuhan jadikan kisah hidup kita macam ni. kalau nak kata tentang sakit bukan kita seorang je yang sakit. orang lain pun ada sakit dia yang sendiri. kita dah besar. fikir cara orang besar.




tipulah kalau kata aku tak sakit.

Maaf.



Maaf sebab buat kau fikir aku ini manusia paling sempurna. Bila timbul satu cela itu kena pada aku, kau tak mampu nak hadap aku lagi. Kau benci aku. Kau pergi jauh dari aku. Salah aku. Salah aku sebab selama bertahun lamanya aku terlalu menjaga hati kau. Salah aku sebab aku tak sempurna seperti apa yang kau jangka. Salah aku selama ini terlalu rapat dengan kau.

Cuba kalau kita tak pernah dekat?

Salah aku asyik cuba untuk orang faham aku sebab aku letih hari-hari aku sedaya upaya untuk cuba faham dan selami hati orang lain.

Kalau suka dan tenang buat begini, Pergilah.

PERNAH..

pernah?
pernah tak kau rasa sayang sangat kat seseorang
sampai apa dia buat
apa dia cakap
apa dia fikir
apa dia dengar
apa dia percaya
apa dia suka
apa dia benci
semua kau nak tahu


sampai kau sanggup maafkan apa juga salah dia
kecil, besar, kau sanggup lupakan
sebab nak lupakan salah tu
lebih mudah dari kalau kau pilih untuk lupakan dia
sampai dia kau letak paling atas


apa yang lain cakap
apa kanan kiri bisik
kau dengar tapi kau peduli apa
untuk buang dia, mustahil
sampai kau bukan setakat bayangkan
malah kau diakan
yang di masa depan kau
dah tertulis
dia ada
sampai godaan lain
secantik sekacak mana
tak akan lebih cantik
tak akan lebih kacak
dari dia di mata kau


sampai mampu tertitis airmata kau
kalau dibayang hidup kau
tanpa ada dia
aku tak pernah


Sofa Biru - Nadhira Brundage