doodles cik mel amalina :)
jam menunjukkan pukul 2.30 minit pagi. tibe-tibe rase nak menghupdate blog sebab otak sudah tidak mampu untuk mengolah sebanyak mungkin perkataan untuk menyiapkan projek ilmiah tahun akhir. mate sudah tidak mampu untuk memahami istilah dan simbol-simbol dalam jurnal-jurnal lama matematik. jari-jari sudah kepenatan menaip berhari-berhari. nescafe sudah tidak mampu lagi mengaktifkan neurotransmitter. semakin banyak kali dibace, semakin bertambah idea untuk membuktikan teorem-teorem matematik tetapi apabila jari mula menari-nari di atas papan kekunci kebuntuan melanda. segala idea lari bertempiaran. bagaimana konsep matematik yang penuh dengan pelbagai istilah, simbol, algoritma serta formula hendak di olah di atas layar putih microsoft word? alangkah bahagianya rase jika seorang pelajar matematik dapat mengolah ayat matematik dengan baik seperti seorang pelajar sastera sedang berkarya dengan penuh puitis. pasti Dr. Zabidin berbesar hati dan tanpa ragu-ragu memberi A kepadaku. tapi itu semua hanyalah angan-angan :( saat ini juga, pasti semua rakan-rakan sedang bertungkus-lumus menyiapkan projek masing-masing. siang tadi baru selesai asignment video meeting untuk subjek english for occupational purpose , esok ade mock job interview, minggu depan presentation bisnes proposal dan submit tesis, minggu depan lagi mula exam dan presentation untuk asignment subjek topology. presentation projek ilmiah tahun akhir menunggu giliran. semoga segala urusan dipermudahkan..amin
i know i'm not working hard enough, but surely i know all the hard work will pay off someday...
i see some people are living good while i'm struggling but i know i'll be living better...
sabarlah wahai hati.. ^-^
No comments:
Post a Comment