Wednesday, February 29, 2012

berpesan diri sendiri..

benarkah hidup ini ibarat roda.yang sentiasa berputar.yang di bawah akan berada di atas.yang di atas akan berada di bawah jua.apabila roda hidup ini berpusing, yang susah akan senang? yang senang akan susah? yang cantik akan hodoh? yang hodoh akan cantik?

HIDUP INI ADALAH SATU JALAN YANG LURUS!

kita ada permulaan dan kita ada pengakhirannya.
kita tak dapat undur setiap langkah masa yang berjalan.
yang berputar hanyalah putaran jarum jam, namun kita akan sampai jua pada penamat hayat di maya ini.
ucapkanlah selamat tinggal pada waktu semalammu..kita akan tinggalkan waktu itu selama-lamanya.
andai jalan di hadapan kita adalah jalan yang benar, teruskan berjalan.
namun jika ia jalan yang salah, cepat-cepatlah cari di mana persimpangan hidup.
agar tidak terlambat memilih jalan yang benar.
menuju syurga yang benar.redha Allah yang benar.dan MATI yang benar..

gudnite people..esok nak masuk class bahasa jepun..ohaiyo ^_^

source: alhawa

Sunday, February 26, 2012

terukir di bintang ^_^

jika engkau minta intan permata,
tak mungkin ku mampu,
tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu,
jika engkau minta satu dunia akan aku cuba,
ku hanya mampu jadi milikmu,
pastikan kau bahagia,
hati ini bukan milikku lagi,
seribu tahun pun akan ku nanti kan..kamu..
sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku,
terukir di bintang,
tak mungkin hilang cintaku padamu...




p/s : to my En.Haziq..saya amat menghargai saat2 kite bersame ^_^

Thursday, February 2, 2012

HATI

"Dan kahwinlah orang-orang bujang ( lelaki dan perempuan ) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpahan kurniaan-Nya kerana Allah Maha Luas rahmat dan kurniaan-Nya lagi Maha Mengetahui "

Surah An'Nur, Ayat 32




seorang sahabat kata,

Pelajar-pelajar first dan second year tak payah sibuk nak cari pasangan. Fokus pada study dulu, nanti bila dah tahun akhir, ada je yang akan merisik, berduyun-duyun, berasak-asak. Masa tu barulah fikir pasal jodoh.

Macam mana nak tahu dia pasangan kita, buat solat isthikarah dan musyawarah. Tengok keluarga dia, tengok kawan-kawan dia, sebab kawan mencerminkan peribadi kita. Kalau kawan dengan penjual minyak wangi, wangi lah kita, kalau kawan dengan pembuat besi, tercalitlah busuk pada kita.

Jangan risau pasal jodoh. Yakin sahaja pada Allah. Jaga hati, jaga pandangan dan jaga perbuatan.




Why is it called a crush? It's because that's what happens to your heart when you find out they don't like you back...