Friday, June 8, 2012

Pengsan..oh tidak!

Assalamualaikum..

Sape penah pengsan, kembang hidung cepat! eh bakpe hidung aku yang kembang nim. malu wase weh pengsang lepah derma darah. memang hari tuh hari dalang sejarah la. naseb baek ade orang tolong panggil ambulance kalau takde orang tolong. dop tahu lah jadi gapo kat mek nim. setengah hari kene tahan kat pusat kesihatan UMT memang tobat la aku taknak derma darah lagi. kepada awak dan awak dan awak yang tolong saya pada hari kejadian terima kasih sangat-sangat. naseb baek awak-awak ade. saya memang dah tak ingat pape da. sumpah. yang saya ingat saya pegang tangan awak saya cakap saya baru lepas derma darah pastu saya sedar ade orang bagi saya minum air pastu saya sedar lagi saya atas stretcher nak masuk pusat kesihatan UMT. macam mane saya naek ambulance tuh eh awak? ahhhh malunye! lepas tuh saya nampak nurse check blood pressure. sempat jugaklah jeling kat mesin tuh tapi nampak yang atas je 65, yang bawah tak nampak bape sebab da pengsan balik.heee sedar balik kene serang dengan MA Haziq. macam-macam lak dia tanya, saya da tak larat ni awak boleh tolong diam tak tapi tu sume cakap dalam hati jela. then,  daripada pukul 3.15 yg aku sedar tuh sampailah 4.30 petang bp aku 80/50. balik tuh boleh lak pegi pasar malam dengan tasya lagi. hamek kau tak sempat nak membeli-belah lagi da 3 kali nak pengsan. sori tasya, saya da menyusahkan awop :) semalam atas nasihat emak en.haziq, aku pun google menatang low blood pressure nih tapi sebelum tuh nak tunjuk bukti dulu...

see..saye bukan 1st time menderma darah tau!

Apa itu tekanan darah rendah?
tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah daripada tekanan yg diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dalam badan tidak mendapat aliran darah yg mencukupi. tekanan darah seseorang adalah berbeza. ini kerana ia membabitkan kawalan utama seperti otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah.
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah rendah, terdapat beberapa  faktor yg boleh membantu iaitu :-
  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • infeksi
kebiasaanya orang yg dikaitkan dengan tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti :-
  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah
Gejala tekanan darah rendah.
Bagi penghidap tekanan darah rendah, gejala atau tanda-tanda awal adalah seperti :-
  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • cepat haus
  • depresi
sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil untuk mengelakkan berlaku komplikasi kepada bayi kelak.

Penyebab tekanan darah rendah.
  1. kekurangan volume darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yg tidak terkawal
  2. dehidrasi - kekurangan kandungan cecair dalam badan seperti muntah yg teruk dan cirit-birit
  3. masalah jantung - denyutan jantung yg agak cepat atau terlalu perlahan
  4. keadaan otot yg lemah
bace punye bace. banyak jugak simptom-simptom yg aku da rase tapi selalu buat tak tahu je. banyak juga yg cakap tekanan darah rendah ni bahaya. so, sila jaga kesihatan anda ^_^