Thursday, May 24, 2012

untuk awak yang bajet romeo

Assalamualaikum ^_^

tibe-tibe saya teringat kat awak. tak tahu lah kenapa. sejak kebelakangan ni, saya rase macam saya takde mase untuk awak. sori sangat-sangat ye. awak pulak selalu balik keje lewat. malam-malam pun awak masuk pejabat. kesian awak. saye nak bagi ubat kat awak ni biar awak senyum je dua puluh empat jam macam orang sawan.hekhek


dulu awak nak kawan dengan saya. tapi saya taknak kawan dengan awak.
macam-macam awak buat nak kawan dengan saya. tapi saya tetap taknak kawan dengan awak.
mula-mula, awak cari rumah saya. awak jumpe mak saya. awak bawak saya keluar pastu belanja saya cool blog tapi saya tertumpahkan cool blog tuh dalam kereta awak. 
saya malu sangat-sangat tapi awak senyum je.
daripada saya taknak kawan awak terus saya nak kawan dengan awak. 


lepas tuh, awak datang rumah saya. 
awak jumpe family saya.
ayah saya garang sangat-sangat. ayah tengok awak macam nak makan. dari hujung rambut sampai hujung kaki semua ayah telek.
tapi awak rilek je.
awak bajet macho kan?
saya segan sangat-sangat sebab saya orang kampung je banyak kekurangan.
awak cakap takpe awak terima saya seadanye.
awak takkan biarkan saya susah sensorang.
susah macam mane pon situasi saya,
awak mesti nak jadi wonderpets untuk saya.
awak bajet hero bukan?
eh, ingat saya cair ke? 


saya tahu awak cuba nak nampak romeo depan saya.
mase arwah abah saya meninggal, saya rase tertekan sangat-sangat. saya terkejut.
awak ajak saya tengok wayang cite avangers.
tapi awak..
macam mane saya nak fokus tengok cite tuh kalau hati dan perasaan saya sangat-sangat tak tenang mase tuh.
lepas tuh, buat pertama kalinye, awak belikan saya kasot merah.
eh saya suke. suka sangat-sangat awak!
konon sweet lettew.
tapi awak hati saya suke sekejap je.
lepas tuh, saya menangis banyak sangat-sangat kan?
walaupon romeo awak tak brape nak menjadi, saya tetap hargai. 

awak suke membebel. potpet awak susah nak berhenti.
cik ani belakang umah saya tu pon kalah.
kadang-kadang saya buat tak tahu je. ngeh3

awak cakap saya degil.
awak memang suke cari pasal dengan saya.
saya pulak memang suke buat awak marah.
awak marah kalau saya buat salah padahal saya buat bende betul.
mungkin awak ingat apa yang awak buat tu lagi betul.
takpe. saya mengalah. lepas tuh awak pulak selalu mengalah.
padan muke. hahaha

saya tahu awak suke bajet penyabar layan kerenah saya bukan? :p
saya hargai apa yang awak buat untuk saya.

Ya Allah, jika benar kau hadirkan si dia di dalam hidupku,
Engkau dekatkanlah hatinya kepadaku,
Dan dekatkanlah hatiku kepadanya,
Semoga perhubungan ini diberkati dan tidak sia-sia.
Insyaallah.
Engkau yang maha mengetahui segalanya.
Mungkin si dia sang pelangi indah yang Engkau berikan kepadaku.
Setelah hujan dan ribut petir Engkau datangkan kepadaku.
Amin Ya Rabbal Alamin...

hard work pay

doodles cik mel amalina :)

jam menunjukkan pukul 2.30 minit pagi. tibe-tibe rase nak menghupdate blog sebab otak sudah tidak mampu untuk mengolah sebanyak mungkin perkataan untuk menyiapkan projek ilmiah tahun akhir. mate sudah tidak mampu untuk memahami istilah dan simbol-simbol dalam jurnal-jurnal lama matematik. jari-jari sudah kepenatan menaip berhari-berhari. nescafe sudah tidak mampu lagi mengaktifkan neurotransmitter. semakin banyak kali dibace, semakin bertambah idea untuk membuktikan teorem-teorem matematik tetapi apabila jari mula menari-nari di atas papan kekunci kebuntuan melanda. segala idea lari bertempiaran. bagaimana konsep matematik yang penuh dengan pelbagai istilah, simbol, algoritma serta formula hendak di olah di atas layar putih microsoft word? alangkah bahagianya rase jika seorang pelajar matematik dapat mengolah ayat matematik dengan baik seperti seorang pelajar sastera sedang berkarya dengan penuh puitis. pasti Dr. Zabidin berbesar hati dan tanpa ragu-ragu memberi A kepadaku. tapi itu semua hanyalah angan-angan :( saat ini juga, pasti semua rakan-rakan sedang bertungkus-lumus menyiapkan projek masing-masing. siang tadi baru selesai asignment video meeting untuk subjek english for occupational purpose , esok ade mock job interview, minggu depan presentation bisnes proposal dan submit tesis, minggu depan lagi mula exam dan presentation untuk asignment subjek topology. presentation projek ilmiah tahun akhir menunggu giliran. semoga segala urusan dipermudahkan..amin

i know i'm not working hard enough, but surely i know all the hard work will pay off someday...
i see some people are living good while i'm struggling but i know i'll be living better...
sabarlah wahai hati.. ^-^