Nota ni sbnrnye ckgu ak kt matrik dlu yg bg..mcm best j so aku harap aku dapat membantu korang kalau tak sikit pun banyak dan harap boleh share dengan member yang lain. Peace!
Isu 1:Kita boleh makan daging yang disedekahkan oleh Yahudi dan Nasrani tak?
Persoalannya disini ialah daging tu tak disembelih dengan nama Allah dan kita mestilah ragu-ragu kan sebab nak elak shubhah? Rasulullah SAW pernah dihadiahi oleh Nasrani daging dan beliau makan daging tersebut. Penyelesaiannya ialah kita menghadap kiblat dan baca je basmallah dah setel kau boleh makan daging tu.
Isu 2: Kita boleh ke makan ayam kat Tesco tu?
Kita sebenarnya tak payah siasat secara detail if ayam tu halal ke tak. Jika dah terang-terang kat situ ada logo halal so kau tak payah pening kepala nak pikir halal ke haram sebab kalau mufti kata halal then halal. Jangan siasat sebab nanti kau jadi sufi. Sufi ni orang yang jaga pemakanan dan kalau macam tu lebih baik kau bela je ayam sendiri. Setel!
Isu 3: Korek hidung batal puasa ke?
Ada 1 dalil yang aku cari tak jumpa yang cakap (lebih kurang) "Jangan masukkan sesuatu ke dalam rongga". Sebenarnya rongga yang dimaksudkan disini ialah perut dan secara otomatiknya korek hidung atau korek telinga adalah tak batal.
Isu 4: Penggunaan daun ketum adalah haram?
Memang haram sebab apa-apa yang merosakkan akal adalah haram.
Isu 5: Isteri ada hak nak gugurkan nafkah?
Absolutely boleh atas kehendak dan persetujuan isteri dan bukaan paksaan suami. Even mahar pun boleh gugur atau share dengan syarat atas kehendak isteri. Contohnya pada malam perkahwinan, si isteri pulangkan balik mahar tersebut dan ia memang diterima.
Isu 6: Suami sentuh isteri, batal ke wudhu itu?
Sentuhan boleh dibahagikan kepada dua iaitu sentuhan kecil dan besar. Sentuhan kecil ialah sentuhan yang takde nafsu seperti tersentuh, menyentuh atau even teraba-raba pun memang wudhu tak batal. Saidatina Aisyah mencari Rasulullah yang tengah bersolat dalam kegelapan, maka dia teraba-raba Rasulullah dan ia tak mebatalkan. Sentuhan nafsu yang membatalkan wudhu tersebut.
Isu 7: Aku baru rakaat pertama solat zuhur lepas tu dah masuk waktu azan. Solat aku sah tak?
Solat dikira bila kita dah angkat takbir dalam waktu solat tersebut. Even kita angkat takbir then terus azan sekali pun, hak solat zuhur tu dah jadi milik kita dan kita boleh solat selama yang mungkin even masa tu memang waktu solat asar. Hal ini disebabkan niat yang diambil kira. Niat yang bezakan kita nak buat sesuatu ibadah dengan ibadah yang lain.
Isu 8: Terlupa niat untuk puasa masa bulan Ramadhan.
Puasa tidak akan terbatal sebab puasa dalam bulan Ramadhan dikategorikan dalam wajib mudayyaq iaitu masa menunaikan adalah terhad dan ada tempoh tertentu. Masa ni niat dah jadi tak penting sebab ada tempoh masa yang diberikan spesifik untuk semua orang islam berpuasa. Kes ni sama juga macam tunaikan haji.
Isu 9: Meon tahu dia ada saudara sesusu dalam kelas dia tapi tak kenal dan pada yang sama dia berniat untuk kahwin dengan salah sorang budak dalam kelas tu. Camne?
Hukumya ialah haram untuk kesemua perempuan yang ada dalam kelas tu unless dia dapat kenal pasti siapa saudara sesusu dia.
Isu 10: Tahi burung jatuh dalam kawah kari mak kau masak. Halal tak makan?
Najis adalah haram. Even najis tu hanyalah sedikit tapi disebabkan najis bertitle haram maka hukum haram dilihat lebih besar berbanding halal. Maka haram makan kari tu.
Isu 11: Pakai emas haram bagi lelaki. Kalau pakai suasa?
Suasa diperbuat daripada tembaga dan emas. Disebabkan ada unsur emas dalam suasa tu maka hukumnya ialah haram . Jika bercampur hukum yang halal dan haram sememangnya yang haram akan lebih menguasai macam contoh 9 & 10 tadi.
Isu 12: Solat dengan selipar yang dicuri dekat masjid.
Hukumnya ialah sah sebab kita tak melakukan perkara yang membatalkan solat tapi kita berdosa sebab kita mencuri. Sama kes kalau kau merompak duit bank dan pergi haji. Ibadah kau tetap sah.