Sunday, May 13, 2012

Final Year Project.


Hari ini tiba-tiba jadi rajin pegi library cari buku untuk final year project. terpaksa jadi rajin dan memaksa diri untuk membuat dan mencari bahan menyiapkan tesis. sangat bernasib baik sebab terjumpa buku di atas yang baru beberapa hari yang lepas dibeli oleh library UMT (sem lepas cari buku ni sampai kene pinjam dari library UPM tahu). tinggal tak sampai sebulan sahaja lagi untuk aku menyiapkan tesis then presentation yang cukup menggerunkan sehingga satu badan jadi seram sejuk dan menggigil tahap paling maksima sampai suara terketar-ketar. oh ye, mase nak keluar dari pintu library, tiba-tiba alarm berbunyi. apakah ini? malu tak payah cakap la. da ayu-ayu pakai baju kurung jalan dengan penuh konfiden sambil membawa buku-buku tebal macam budak skema tiba-tiba semua mata tertumpu kat aku. "dik, sila pergi ke kaunter peminjaman buku." kata abang library. malu! da last sem pun terkial-kial lagi guna mesin kat library tuh. kadang-kadang mesin terlampau canggih pun susah juga, akhirnya cara manual jugak yang dipakai. ayat nak tutup malu..hehe

Dear en.FYP, please be nice with me ok! :)