Friday, November 18, 2011

SAHABAT...



Dalam berkawan, aku cuba bersikap jujur dan bersahaja. Kadang-kala cuba menjadi se-sweet yang mungkin agar kawan itu juga merasai manisnya bersahabat. Tapi, tanpa sedar, kita jadi hipokrit. Kita tak suka, tapi kita buat-buat suka. Kita rimas, kita buat-buat tak rimas. Manusia. Kawan itu manusia biasa. Jadi, mana ada yang sempurna. Seperti juga aku. Aku-kau. Kita tetap sama. Kalau kau begitu, aku mungkin juga begini. Jadi, kita terima seadanya.

Aku adalah orang yang tidak punya apa-apa untuk diberi jika ada tangan menghulur mohon dibangunkan. Sekadar berkongsi rasa, menadah telinga, mengangkat kata semangat adalah bukan hal yang bisa membebankan aku. Tiada apa yang bernilai, walau adakala aku gelisah dan risau sekiranya telingaku tidak mampu melegakan dan memberi apa-apa perubahan buat mereka-mereka yang meluahkan. Namun, dalam hati kecil ini, aku hanya mampu berharap agar si peluah itu lega dan walau tidak dibantu sempurna, sekurang-kurangnya aku tahu dia tidak keseorangan tanpa teman.

Mungkin aku dilihat menyedihkan kerana mahukan setiap perhatian dari orang bergelar sahabat. Namun, ketahuilah bahawa, bukan semua mereka-mereka itu yang aku cuba berkongsi rasa. Pabila aku rasa mereka itu penuh dengan kepercayaan, maka dialah beruntung kerna dipilih aku. Tapi sayang, aku sentiasa tersalah pilihan. Apa yang boleh aku katakan lagi. Setiap orang itu, belum tentu punya telinga yang setia untuk seorang sahabat yang menyedihkan seperti aku. Tapi, jangan bimbang, aku ini pencinta sahabat paling terhormat. Selepas keluarga, mereka-mereka yang aku sayang adalah sahabat di keliling aku.


Hinalah, rendahkanlah diriku ini sebagai manapun sahabat. Aku tetap setia menjadi orang yang akan sentiasa tersenyum manis denganmu.

Kerna bagi aku itu, sekali kita berkawan, selamanya tetap menjadi kawan.

Dan kamu-kamu juga adalah sahabat setia aku di sini.



No comments:

Post a Comment