Friday, November 18, 2011

HIDUP DALAM DUNIA HIPOKRIT..


Mereka kadang kala prejudis terhadap kita.
Mereka kadang kala meninggi diri dengan kita.
Mereka kadang kala suka merendah-rendahkan kita.
Mereka juga kadang kala suka melihat kita jatuh tersungkur.
Dan,
Kadang kala kita juga hanya dipandang sebelah mata.
Serta,
Aku tak sampai hati nak menyatakan bahawa mereka adalah .....
Sehingga kini aku tak habis-habis berasa terkilan dengan mereka.

Mungkin pada mereka, aku bukan sahabat mereka.
Mungkin pada mereka, aku hanya orang asing yang menyibuk dalam hal peribadi mereka.
mungkin pada mereka, aku tidak bernilai langsung.
Namun,
Aku juga punya sekeping hati yang ingin dijaga seperti mana aku menjaga hati mereka.
Aku cuba untuk tidak ambil pusing akan perbuatan mereka yang acap kali membuatkan aku tertanya-tanya adakah kewujudan aku tidak diperlukan langsung.
Aku cuba untuk tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh, 
Namun jika perkara yang remeh-temeh itu acap kali berulang, ia bisa meninggalkan parut di hati ini.

Aku cuba untuk bersikap dewasa..
Aku cuba untuk tidak terasa hati..
Aku cuba menasihati..
Namun, tiada kata maaf yang diluah.
Malah, perang dingin yang melanda.
Aku buntu...

mungkin pada mereka.
"u are my friend but not my bestfriend"


No comments:

Post a Comment