Friday, November 18, 2011

HIDUP DALAM DUNIA HIPOKRIT..


Mereka kadang kala prejudis terhadap kita.
Mereka kadang kala meninggi diri dengan kita.
Mereka kadang kala suka merendah-rendahkan kita.
Mereka juga kadang kala suka melihat kita jatuh tersungkur.
Dan,
Kadang kala kita juga hanya dipandang sebelah mata.
Serta,
Aku tak sampai hati nak menyatakan bahawa mereka adalah .....
Sehingga kini aku tak habis-habis berasa terkilan dengan mereka.

Mungkin pada mereka, aku bukan sahabat mereka.
Mungkin pada mereka, aku hanya orang asing yang menyibuk dalam hal peribadi mereka.
mungkin pada mereka, aku tidak bernilai langsung.
Namun,
Aku juga punya sekeping hati yang ingin dijaga seperti mana aku menjaga hati mereka.
Aku cuba untuk tidak ambil pusing akan perbuatan mereka yang acap kali membuatkan aku tertanya-tanya adakah kewujudan aku tidak diperlukan langsung.
Aku cuba untuk tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh, 
Namun jika perkara yang remeh-temeh itu acap kali berulang, ia bisa meninggalkan parut di hati ini.

Aku cuba untuk bersikap dewasa..
Aku cuba untuk tidak terasa hati..
Aku cuba menasihati..
Namun, tiada kata maaf yang diluah.
Malah, perang dingin yang melanda.
Aku buntu...

mungkin pada mereka.
"u are my friend but not my bestfriend"


SAHABAT...



Dalam berkawan, aku cuba bersikap jujur dan bersahaja. Kadang-kala cuba menjadi se-sweet yang mungkin agar kawan itu juga merasai manisnya bersahabat. Tapi, tanpa sedar, kita jadi hipokrit. Kita tak suka, tapi kita buat-buat suka. Kita rimas, kita buat-buat tak rimas. Manusia. Kawan itu manusia biasa. Jadi, mana ada yang sempurna. Seperti juga aku. Aku-kau. Kita tetap sama. Kalau kau begitu, aku mungkin juga begini. Jadi, kita terima seadanya.

Aku adalah orang yang tidak punya apa-apa untuk diberi jika ada tangan menghulur mohon dibangunkan. Sekadar berkongsi rasa, menadah telinga, mengangkat kata semangat adalah bukan hal yang bisa membebankan aku. Tiada apa yang bernilai, walau adakala aku gelisah dan risau sekiranya telingaku tidak mampu melegakan dan memberi apa-apa perubahan buat mereka-mereka yang meluahkan. Namun, dalam hati kecil ini, aku hanya mampu berharap agar si peluah itu lega dan walau tidak dibantu sempurna, sekurang-kurangnya aku tahu dia tidak keseorangan tanpa teman.

Mungkin aku dilihat menyedihkan kerana mahukan setiap perhatian dari orang bergelar sahabat. Namun, ketahuilah bahawa, bukan semua mereka-mereka itu yang aku cuba berkongsi rasa. Pabila aku rasa mereka itu penuh dengan kepercayaan, maka dialah beruntung kerna dipilih aku. Tapi sayang, aku sentiasa tersalah pilihan. Apa yang boleh aku katakan lagi. Setiap orang itu, belum tentu punya telinga yang setia untuk seorang sahabat yang menyedihkan seperti aku. Tapi, jangan bimbang, aku ini pencinta sahabat paling terhormat. Selepas keluarga, mereka-mereka yang aku sayang adalah sahabat di keliling aku.


Hinalah, rendahkanlah diriku ini sebagai manapun sahabat. Aku tetap setia menjadi orang yang akan sentiasa tersenyum manis denganmu.

Kerna bagi aku itu, sekali kita berkawan, selamanya tetap menjadi kawan.

Dan kamu-kamu juga adalah sahabat setia aku di sini.



Wednesday, November 2, 2011

Jalan2 cuti deepavali...


Assalamualaikum…

Da name pun cuti kan..x kan la nak terperap dok kat uma je..ye dak?? Lagi satu muke aku ni memang takde maknenye nak dok uma 24 jam..mule-mule berangan nak pegi KL nak pegi berfoya-foya kat genting tapi ayah aku x bagi pegi lak..emm sedey giler siap da mimpi maen roller-coster kot..tengok gamba  kawan2 bersuke-ria kat genting ari tu siyes aku jeles..  :’(

To my bestie muas and alin,sori sangat2 dear..aku slalu spoilkan plan kite nak hang out same2..

Takpe2 ade lori,ade bas..ade hari,aku balas..hahaha (gelak jahat)
X payah nak sedey sangat la echa oi..x jadi pegi KL,pegi jalan2 kat ganu ni pun ok what..so tempat yang di tuju untuk menghilangkan segala kekusutan dan keserabutan dalam kepala ni ialah kuala abang,pantai kemasek and mesra mall..even name x sehebat genting dan pavillion tapi kitorang jumpe ahmad idham,zizan ngan Juliana evans kot tengah shooting cite mail lambung kat kuala abang..ko ade??haha
aku memang tabik spring la dekat iza and yana selisih bahu ngan zizan boleh buat x tahu je..kalau aku konpem “abe zizang, amek gambo ngang saye boleh dop?” oit..bajet pandai sangat cakap ganu aku ni :P


















aku benci gamba ni sebab aku nampak pendek..loll :(


yana mahmud..ni best shoot kite..macam tengah meredah hutan belantara pulak..haha



geng 89 - pose yang same ye..terbaek la :)

ok..now gamba bajet comey tuan punye blog..hehe




kepada tasya, scha, iza and yana...sangat best weh hang out dengan korang..walaupun plan nak pegi pulau x jadi..mini pulau pun ok ape..haha papepun next sem misi kite nk pegi pulau mesti jadi by hook or by crook..

ok bai!