Tuesday, June 5, 2012

hidup jadi awesome bile jumpe kawan-kawan yang awesome..

Assalamualaikum...
Tengok tajuk pun da tahu kan aku nak cite sal ape..hekhek
Ok taknak cite panjang-panjang sebab tengah final exam, masa amat bernilai di saat-saat kritikal sekarang ni..
padahal aku baru bangun tido..haha

Dating with my bestie - muazatul adawiyah bte yakari :)

Muas ni bestfriend aku kat matrik dulu. Kitorang rumate tapi sebenarnya bukan rumate jugak sebab aku menumpang je kat bilik tuh.Sebenarnye aku bilik laen tapi da tiap-tiap hari melepak kat bilik tuh so ape lagi angkut la segala  bagai baju, tilam, selimut, bantal busuk, baldi, gayung sume-sume lah kat bilik tuh.haha Bile muas kol cakap nak balik ganu sebab abe die kawen ape lagi aku dengan pantasnye mengajak yan dan syahmie pegi jumpe muas..hehe

Kami sume kawan daripada matrik tau sebab tu bile jumpe sume jadi giler..hekhek

Kite tengok gigi sape paling chantek.. :p

Yan suruh posing ala-ala gadis melayu..jadi tak?haha

Mase makan tetibe syahmie beramah-mesra dengan pakcik ni. Staff UMT rupenye. 
Untunglah jadi ahli majlis kolej kediaman kan. Sampai kat uma orang kawen pon dikenali. huhu

 Syahmie bangga giler sebab die paling tinggi.. :p

Friendship never ends :)

Terengganu yang sangat panas. Tengah jalan dekat semak-samun pun jadi amek gamba..

Suroh buat muke hodoh, memang hodoh beno jadinye.
Syahmie yg bajet hensem dan digilai ramai wanita sejak matrik dulu akhirnya.....rahsia ko ade kat aku..hahaha gelak jahat

Indahnya jadi perempuan.. Lelaki jangan tiru aksi ini, nanti jadi gay.ahaks

Dua budak tak cukop umur..haha
tq alan tolong amekkan gamba kitorang yang sengal ni :)

Done first paper for this final semester. Next paper minggu depan. Jom siapkan dua lagi asignment and get ready for presentation FYP..
All the best to all mathematicians.. ^_^

Friday, June 1, 2012

sikit je lagi echa..

Hectic Weeks Before Final Exam..
- Submit tesis
- Asignment Topology
- Asignment Komunikasi Kumpulan Kecil

It's not because aku tak balik kampung berbulan-bulan lamenye, but the fact that i'm tired with everything.
Final exam just around the corner but there a lot of tasks need to be done until i don't know where to start first..

I am depressed but alhamdulillah i'm still smilling sebab tinggal tak sampai sebulan je lagi aku bergelar undergraduate student dan tak sampai hati sangat2 nak tinggalkan kawan-kawan! so, wajib hargai saat-saat terakhir ini sebaiknya sebab maybe this is once in a lifetime :'(

Done presented bisnes plan for EOP class which was the last class as an undergraduate student.. :'(

See betape sememehnye muka aku. Jerawat sebijik-sebijik membiak atas muke dengan eye bags yg da serupa belon. Jeles tengok muka tasya yg flawless tuh. I just wanna finish all this works and go back home, tido sampai lebam!

Tuesday, May 29, 2012

Sedetik bersama Ustaz DON..


Terkesima sekejap tengok ustaz DON. tak nampak langsung gaye seorang ustaz. dah la pakai spek rayban dengan tali leher merah menyala. memang tersangat lah sempoi dan stylo yo. yang berjubah tak semestinya ustaz, yang ustaz tak semestinya berjubah kan. apa yang penting don't judge a book by its cover. sedetik lebih bersama ustaz sangat best. banyak sangat ilmu yang dapat dipelajari dan aku telah jatuh hati dengar ustaz bace ayat suci al-quran..  ^_^

Thursday, May 24, 2012

untuk awak yang bajet romeo

Assalamualaikum ^_^

tibe-tibe saya teringat kat awak. tak tahu lah kenapa. sejak kebelakangan ni, saya rase macam saya takde mase untuk awak. sori sangat-sangat ye. awak pulak selalu balik keje lewat. malam-malam pun awak masuk pejabat. kesian awak. saye nak bagi ubat kat awak ni biar awak senyum je dua puluh empat jam macam orang sawan.hekhek


dulu awak nak kawan dengan saya. tapi saya taknak kawan dengan awak.
macam-macam awak buat nak kawan dengan saya. tapi saya tetap taknak kawan dengan awak.
mula-mula, awak cari rumah saya. awak jumpe mak saya. awak bawak saya keluar pastu belanja saya cool blog tapi saya tertumpahkan cool blog tuh dalam kereta awak. 
saya malu sangat-sangat tapi awak senyum je.
daripada saya taknak kawan awak terus saya nak kawan dengan awak. 


lepas tuh, awak datang rumah saya. 
awak jumpe family saya.
ayah saya garang sangat-sangat. ayah tengok awak macam nak makan. dari hujung rambut sampai hujung kaki semua ayah telek.
tapi awak rilek je.
awak bajet macho kan?
saya segan sangat-sangat sebab saya orang kampung je banyak kekurangan.
awak cakap takpe awak terima saya seadanye.
awak takkan biarkan saya susah sensorang.
susah macam mane pon situasi saya,
awak mesti nak jadi wonderpets untuk saya.
awak bajet hero bukan?
eh, ingat saya cair ke? 


saya tahu awak cuba nak nampak romeo depan saya.
mase arwah abah saya meninggal, saya rase tertekan sangat-sangat. saya terkejut.
awak ajak saya tengok wayang cite avangers.
tapi awak..
macam mane saya nak fokus tengok cite tuh kalau hati dan perasaan saya sangat-sangat tak tenang mase tuh.
lepas tuh, buat pertama kalinye, awak belikan saya kasot merah.
eh saya suke. suka sangat-sangat awak!
konon sweet lettew.
tapi awak hati saya suke sekejap je.
lepas tuh, saya menangis banyak sangat-sangat kan?
walaupon romeo awak tak brape nak menjadi, saya tetap hargai. 

awak suke membebel. potpet awak susah nak berhenti.
cik ani belakang umah saya tu pon kalah.
kadang-kadang saya buat tak tahu je. ngeh3

awak cakap saya degil.
awak memang suke cari pasal dengan saya.
saya pulak memang suke buat awak marah.
awak marah kalau saya buat salah padahal saya buat bende betul.
mungkin awak ingat apa yang awak buat tu lagi betul.
takpe. saya mengalah. lepas tuh awak pulak selalu mengalah.
padan muke. hahaha

saya tahu awak suke bajet penyabar layan kerenah saya bukan? :p
saya hargai apa yang awak buat untuk saya.

Ya Allah, jika benar kau hadirkan si dia di dalam hidupku,
Engkau dekatkanlah hatinya kepadaku,
Dan dekatkanlah hatiku kepadanya,
Semoga perhubungan ini diberkati dan tidak sia-sia.
Insyaallah.
Engkau yang maha mengetahui segalanya.
Mungkin si dia sang pelangi indah yang Engkau berikan kepadaku.
Setelah hujan dan ribut petir Engkau datangkan kepadaku.
Amin Ya Rabbal Alamin...

hard work pay

doodles cik mel amalina :)

jam menunjukkan pukul 2.30 minit pagi. tibe-tibe rase nak menghupdate blog sebab otak sudah tidak mampu untuk mengolah sebanyak mungkin perkataan untuk menyiapkan projek ilmiah tahun akhir. mate sudah tidak mampu untuk memahami istilah dan simbol-simbol dalam jurnal-jurnal lama matematik. jari-jari sudah kepenatan menaip berhari-berhari. nescafe sudah tidak mampu lagi mengaktifkan neurotransmitter. semakin banyak kali dibace, semakin bertambah idea untuk membuktikan teorem-teorem matematik tetapi apabila jari mula menari-nari di atas papan kekunci kebuntuan melanda. segala idea lari bertempiaran. bagaimana konsep matematik yang penuh dengan pelbagai istilah, simbol, algoritma serta formula hendak di olah di atas layar putih microsoft word? alangkah bahagianya rase jika seorang pelajar matematik dapat mengolah ayat matematik dengan baik seperti seorang pelajar sastera sedang berkarya dengan penuh puitis. pasti Dr. Zabidin berbesar hati dan tanpa ragu-ragu memberi A kepadaku. tapi itu semua hanyalah angan-angan :( saat ini juga, pasti semua rakan-rakan sedang bertungkus-lumus menyiapkan projek masing-masing. siang tadi baru selesai asignment video meeting untuk subjek english for occupational purpose , esok ade mock job interview, minggu depan presentation bisnes proposal dan submit tesis, minggu depan lagi mula exam dan presentation untuk asignment subjek topology. presentation projek ilmiah tahun akhir menunggu giliran. semoga segala urusan dipermudahkan..amin

i know i'm not working hard enough, but surely i know all the hard work will pay off someday...
i see some people are living good while i'm struggling but i know i'll be living better...
sabarlah wahai hati.. ^-^