Monday, August 13, 2012

Pergi tak kembali.

Assalamualaikum..

DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam keadaan semua orang sibuk membuat persiapan menyambut hari raya, kami dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang ahli keluarga. Sesungguhnya setiap ujian yang Allah berikan itu adalah kerana Allah tahu hambanya boleh menghadapinya. Semoga arwah abg zahar tenang disana dan kak mieza tabah menghadapi ujian ini. Semoga kak miezah cepat2 sembuh dan kuat untuk meneruskan kehidupan. Memang malang sangat2 tak boleh kite nak bau. Siapa sangka tengah2 gembira nak pegi shoping raye tibe2 eksiden, patah kedua2 belah kaki dan hampir lumpuh dan paling menyayat hati tidak dapat menatap wajah suami tercinta buat kali terakhir kerana sedang dibedah. Maha hebat dugaan Mu ini Ya Allah. Tak tertanggung rasenye jika aku yang berada di tempat kak mieza. Baru 10 bulan mendirikan rumah tangga dan tahun ni merupakan tahun pertama beraya sebagai suami isteri tapi Allah lebih menyayangi arwah. Raye tahun ni mesti laen sebab arwah merupakan cucu pertama dalam family atok jumat dan memang sangat2 rapat dengan kami semua.


 Innalillahiwainnailaihirajiun. Yakinlah pada ALLAH, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersendiri. Takziah buat paklong sekeluarga.

1 comment:

  1. innalillah..sedihnyer!! smoga dia tabah. Allah maha mengetahui -Tasya-

    ReplyDelete