jika engkau minta intan permata,
tak mungkin ku mampu,
tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu,
jika engkau minta satu dunia akan aku cuba,
ku hanya mampu jadi milikmu,
pastikan kau bahagia,
hati ini bukan milikku lagi,
seribu tahun pun akan ku nanti kan..kamu..
sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku,
terukir di bintang,
tak mungkin hilang cintaku padamu...
p/s : to my En.Haziq..saya amat menghargai saat2 kite bersame ^_^
Sunday, February 26, 2012
Thursday, February 2, 2012
HATI
"Dan kahwinlah orang-orang
bujang ( lelaki dan perempuan ) dari kalangan kamu dan orang-orang yang
soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,
Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpahan kurniaan-Nya
kerana Allah Maha Luas rahmat dan kurniaan-Nya lagi Maha Mengetahui "
Surah An'Nur, Ayat 32
Pelajar-pelajar
first dan second year tak payah sibuk nak cari pasangan. Fokus pada
study dulu, nanti bila dah tahun akhir, ada je yang akan merisik,
berduyun-duyun, berasak-asak. Masa tu barulah fikir pasal jodoh.
Macam
mana nak tahu dia pasangan kita, buat solat isthikarah dan musyawarah.
Tengok keluarga dia, tengok kawan-kawan dia, sebab kawan mencerminkan
peribadi kita. Kalau kawan dengan penjual minyak wangi, wangi lah kita,
kalau kawan dengan pembuat besi, tercalitlah busuk pada kita.
Jangan risau pasal jodoh. Yakin sahaja pada Allah. Jaga hati, jaga pandangan dan jaga perbuatan.
Why is it called a crush? It's because that's what happens to your heart when you find out they don't like you back...
Sunday, December 25, 2011
please be rasional dear...
Kadangkala kita keterlaluan dalam meluahkan apa yang terpendam dalam hati.
selalunya dalam sesuatu kes.kalau ada anasir luar masuk campur.kes itu amat payah untuk diselesaikan.bertindak sesuka hati dan mengikut emosi.Sampaikan ada pihak yang tertindas dan orang sepatutnya bertanggungjawab dan berhak keatas sesuatu menjadi kelu akibat masalah semakin rumit.Dah timbulkan masalah,lepastu kau cau macam tu sampaikan kes tersebut tak selesai.Memang susah kalau orang luar sibuk nak masuk campur urusan pengurusan ni.kalau orang luar,tolong buat cara macam orang luar.
Semua orang ada persepsi ,ada pandangan masing-masing.Jangan hanya kerana kita 'tidak senang' ataupun apapun masalah peribadi kita yang tidak berkesudahan atau kita merasakan pandangan kita seorang sahaja yang betul ,dan kita pun simpulkan pandangan dari department kita sendiri adalah sebenar-sebenar dan sebetul-betul pandangan di dunia ini sampai tidak ambil pandangan pihak lain.dan menjadikan kononnya pandangan anda seorang,SEORANG,sudah cukup untuk mewakili pandangan orang lain.
please,be rasional.
macam best je kan ayat-ayat kat atas ni..sesape yang terasa tu sori lah ye sebab ni bukan ayat aku..ni ayat kawan sekolah aku same2 sharodzians, miss khairina mazlan..aku baru terjumpe blog die..hehe
tapi betol jugak ape die cakap tu..tak salah nak meluahkan perasaan tapi biarlah berpada-pada ye dak..janganlah nak emo sangat..ni tak kalau emo je ko tweet, emo je ko post kat fb, emo lagi ko buat entry kat blog..cube ko bayangkan kalau ko yang hangat diperkatakan tu pastu orang-orang lain bace lak..malu oi! alahai nak kene banned agaknya aku ni...tak de lah aku pun berpengalaman gak bende-bende gini but i learned from my mistake ok...betol agaknye en.haziq cakap aku ni lurus bendul..ikut je cakap orang..tapi tu lah aku..kekadang aku rase laman sosial ni banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan..dan aku selaku orang yang penah merase keburukan tu terpakse bajet cool padahal dalam hati ni allah jela yang tahu..
so..papepun jadi pikir dulu sebelum kite nak buat pape..
terlajak perahu boleh undur, terlajak meluahkan kata-kata pastu orang lain bace kecoh oi satu dunia..
bende kecik jadi besar..campur plak anasir-anasir jahat lagi lah jadi worse bende tu..
konklusinya...bersabarlah wahai hati.... ^_^
Study Week...
STRESS!!! tu lah yang aku boleh cakap pasal study week..
kepala serabut..otak kusut..rambut gugur macam baru lepas buat kimoterapi..mengadap laptop tiada henti menyiapkan proposal final year project..membaca buku-buku usang general topology yang helaiannya telah bertukar menjadi kuning-kekuningan..membaca jurnal-jurnal mathematicians purba yang berbagai simbol..rase seperti mahu memuntahkan segala isi perut pastu tidur 24 jam tanpa igauan ngeri study week yang begitu membebankan...
aku tak kuat....
jangan terlalu memilih jodoh...
Jom share sal soal jodoh..alahai :D
Ok memang betul jodoh kita telah
tertulis sejak azali lagi.
Tapi kalau takde usaha tak gune jugak
kan.
Jodoh kita takkan datang bergolek
tanpa usaha, doa dan tawakal.
Ye. Memang semua orang inginkan yang
terbaik untuk mase depan kelak.
Tapi tak payah la terlalu memilih
bagai.
Jom baca dengan penuh teliti tentang
kisah kat bawah ni...
Ini kisah perjumpaan dua orang sahabat
yang telah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain,
berbual dan bersenda di sebuah cafe. Pada awalnya topic yang dibualkan adalah
soal nostalgia zaman sekolah dulu, namun akhirnya menyangkut kehidupan mereka
sekarang.
“kenapa sampai sekarang ko tak menikah
lagi?” ujar seorang kepada temannya yang masih membujang.
Sejujurnya sampai sekarang aku masih mencari
wanita yang sempurna. Itulah sebabnya aku masih membujang. Dulu waktu aku di
utara, aku berjumpa dengan seorang wanita cantik yang bijaksana. Aku fikir
inilah wanita ideal untuk aku dan sesuai menjadi isteri aku. Namun lepas
berkapel baru aku tahu, dia sebenarnya amat arrogant.hubungan kami putus sampai
di situ.
Di Ipoh aku jumpa seorang wanita yang
cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada pertemuan pertama aku begitu takjub dan
seronok. Hatiku berdesing kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu
baru aku tahu, banyak tingkahlaku dia yang tidak baik dan tidak
bertanggungjawab.
Ketika aku di JB, aku bertemu dengan
seorang wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan
bila di ajak berbicara dan penuh humor. Tapi last2 aku dapat tahu dia dari keluarga
yang berantakan yakni berpecah – belah dan selalu menuntut sesuatu yang kita
tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.
Aku terus mencari, namun selalu
mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang aku jumpa. Sampai pada
suatu hari, aku jumpa dengan wanita ideal yang aku impikan selama ini. Dia
begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat
prihatin dan sayang kepada orang lain. Aku fikir inilah pendamping hidup aku
yang dikirim Tuhan untukku.
“
lantas “ sergah temannya yang dari tadi tekun mendengar.
“ apa yang terjadi? Kenapa kau tak
terus meminangnya? “
“ eh kau ni..lek lu..hahaha” ni ayat
aku eh bukan ayat orang yang dalam cerita ni :D
Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya
dengan suara perlahan si bujang menjawab.
“ baru sekarang aku mengetahui yang
dia juga sedang mencari lelaki yang sempurna”.
KESIMPULAN :-
Tahukah anda maksud yang tersirat di
sebalik cerita itu??
NOBODY’S PERFECT!
Jangan sia – siakan apa yang sudah ada
di hadapan kita,
Belum tentu kita akan dapat yang lebih
baik daripada yang kita ada sekarang.
Kalau kita nak cari yang sempurna,
Check dulu diri sendiri.
Apakah sudah SEMPURNA di hadapan orang
lain?
Sekian.
xoxo
Subscribe to:
Posts (Atom)
