Monday, March 21, 2011

x blh tido!!!!

ok bace tjuk entri pn da mnjelaskan segalanya kn..ni la penangan minum nescafe tgah2 mlm kn da x blh nk tido...arghh tension gue..bajet nk stay up study real analysis konon2 la sbb lusa ade test klu tp mcm bese lah ak ni brtahan kejap je ngadap buku 2..hehe astagfirullah ape nk jd la ko ni dak echa final da dekat dok maen2 lg..

lupe lak nk cite ari jumaat ritu ak n sume bebudak kos ak g institut pendidikan guru..wow cm hebat je kn g IPG 2 padahal g bengkel je pn..huhu em ak igtkn grand sgt la maktab ni rupenye ternyata sangkaanku meleset sama sekali..kecik je rupenye..dewan dorg pn cm dewan kt skola menengah ak dlu je..btw dr.rem tersangat la best..byak info2 bergune yg ak dpt..10 out of 10 la senang cite..
so da name pn g tempat org kn memg x sah la muke ak ni klu x bergambar..hehe even mule2 ak xde r nk brgambar sgt pn tp d sebabkan budak2 ni sume giler bergambar siap melompat2 lg haish x blh jd ni..ak pn nk sekali...hahaha

 name sy cikgu murni ye murid2...hahaha mcm mne r klu ak jd cikgu ek??


 partner giler camera.... iza

rajin x ak mengedit gamba,..haha terlebih rajin da ni..buku kt tepi ni x usik pn..
p/s: ak nk camera nikon..ade sesape yg baek hati x nk belikn..mst r xde..ak tau da.. :'(

Sunday, March 20, 2011

cinta ibarat menunggu bas..

Cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,”Ishh… penuh la… tak de tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak tengok bas tu dan awak akan cakap, “Ala… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, “Alamak… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

dan aku akan terus berjalan dan berjalan dan terus berjalan hinggalah langkah kaki ini berhenti dgn sndirinye...
 kredit to hafeez johari

Tuesday, March 15, 2011

SLMT HARI KETUAAN MEK TASYA.. :p


hepi besday tasya..ko da tue...hahahaha sweet 21..wish u all the best..pjg umo n d murahkn rezeki aminnn...n hope wish list ko 2 trcapai la ye..sgt hepi celebrate besday ko smlm..even ktorg nk buat surprise pn da x brape nk surprise sbb ko mncuri dgr perbualan ktorg (ak,tika,dolly n tiqa)..hampeh tol...penat ktorg wt plan baek punye tetibe ko msuk blik "ok jom esk kte g mkn pizza"..bapak gler terkejut ktorg n scara automatik volume msg2 pn jd semaksimum yg blh menjerit sekuat hati sbb ko da dgr plan ktorg...lawak r..hahahaha papepn thn ni best la celebrate besday ko x mcm thn lpas..penat ak gn rina merempit p bndar pas abes clas bli kek skali mlm 2 ko kuar clebrate besday gn gewe mu...huhuhu sedey ooo da r ak bli kek ais krim..tgu ko blik nk clebrate smpai kek pn da cair...ok forget it bnde da lpas pn..sori ek nothing special tok ko just mkn2 je..hepi besday 2 u tasya... saranghae =)

 kembar tasya - tiqa.. same ke muke dorg ni..ade r sket kot..





Friday, March 11, 2011

surat untuk kamu yg aku tidak ketahui siapa.....


Kehadapan bakal suamiku yang aku sendiri tidak tahu siapa kamu;
Kumulakan bicara ini kepada kamu dengan menyebut nama Allah yang Agung. Maha Suci Allah yang menjadikan aku dan kamu, lelaki dan perempuan. Sebenarnya aku agak canggung untuk menulis tinta ini buat kamu. Ya, siapa pun kamu yang telah ditakdirkan Allah untukku, aku bersyukur seadanya, mengurniakan kamu padaku pada suatu masa yang telah Allah tetapkan.

Aku sedang menjaga hati ini hanya untuk kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa. Aku sedang menjaga diri ini untuk yang sah memiliki. Aku juga berharap yang sama dari kamu. Maka, aku tidak akan seenak-enaknya memberi senyuman manis kepada lelaki-lelaki lain. Aku juga tidak mungkin menyerahkan cinta dalam hati ini yang masih tersimpan rapi untuk kamu yang aku tidak ketahui siapa.

Pertamanya, aku mohon maaf secara terbuka, andai episod semalam pernah menyaksikan kecundangnya aku dalam bab cinta. Baru aku sedar, aku tidak pernah memberikan cinta kepada mereka, aku menipu diri sendiri. Yang pastinya, aku tidak pernah jujur. Aku bilang aku cinta tapi sebenarnya tidak; mungkin kerana keseronokan semata. Aku mohon maaf untuk itu andai kesucian hati sebelum ini pernah dirobek.



Kamu yang tidak ku ketahui siapa;
Aku cuma menginginkan kamu sedang dalam persediaan. Aku tidak kisah siapa pun kamu, yang penting kamu belajar. Menambahkan ilmu pengetahuan di dada, agar suatu hari nanti kamu boleh mengajar anak-anak kita dengan ilmu kamu. Aku tidak suka lelaki yang membuang masanya, berhabis masa bermain game PS2, atau chit chat kosong semata, atau hobinya melepak di warung-warung kecil di tepian jalanan. Kerana aku mementingkan ilmu sebagaimana aku sedang berusaha untuk meraih ilmu kini.


Aku juga mahu kamu yang tidak ku ketahui siapa kuat untuk berjaga malam demi merebut kasih Allah. Aku ingin, setelah pernikahan kita nanti, malam-malam kita diisi dengan tahajud cinta kepada-Nya bersama. Aku sangat menginginkan detik ini kerana aku sangat sukar melakukannya sendirian. Dan aku sangat mahu engkau yang menjadi imam pada setiap solat-solatku. Tolong tunaikannya...

Aku pasti sangat bersedih andai aku bisa dibuka hijab untuk melihat perlakuanmu kini, pemakaianmu, dan akhlakmu. Entahlah, dari dulu sehingga sekarang, aku sukar menerima lelaki yang memakai seluar pendek sehingga menampakkan aurat mereka. Aku sedang menjaga auratku juga dari terlihat oleh orang yang tidak sepatutnya, yang bukan halal bagiku. Aku sangat dukacita andai kamu yang aku tidak tahu siapa mudah patah hati dalam perjuangan menegakkan syiar di jalan Allah. Aku tidak mahu kamu mudah berputus asa, kerana aku akan sentiasa mendoakan kamu yang aku sendiri tidak tahu siapa sentiasa bersemangat menjulang panji-panji agama. Semoga kamu bisa menjadi seperti Asadullah.

Maafkan aku, jika sebelum kita bertemu ini, akhlakku masih pincang, kata hati sering diikuti. Kerana itu Allah belum menemukan kita, kerana kita masih dalam perjuangan; perjuangan memburu cinta Illahi. Agar kasih kita suatu hari nanti bersandarkan kasih-Nya.

Bakal zaujuku,


Aku sangat takut untuk mengharungi dunia ini seorang diri. Aku takut melihat jatuhnya akhlak remaja kini, aku takut andai aku terjerumus dalam semua itu. Aku juga khuatir melihat dunia kini semakin usang untuk didiami kerana tandusnya akhlak muda-mudi. Dunia kita kini jauh beza, dunia kita tidak sama dengan dunia Islam dahulu. Tiada lagi pemuda seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang menakluk Kota Konstantinopel pada usianya 22/23 tahun. Kiranya, aku pernah minta kepada Allah, agar Dia mengirimkan engkau secepatnya kepadaku agar aku dapat berlindung kepadamu tapi aku tahu kamu masih dalam proses membina diri, maka aku tidak mahu mengganggu fokusmu.
Yang paling penting, semoga engkau dapat menghormati kedua orang tuaku dan anggap mereka sebagai orang tuamu juga. Kasihilah mereka dan aku minta agar aku dapat berbakti untuk mereka walaupun tanggungjawabku akan beralih padamu suatu ketika.

Aku tidak tahu; sama ada bakal zaujku yakni kamu ini apakah aku kenal atau pun tidak. Siapa pun kamu aku terima seadanya, cuma aku mohon semoga kamu punya iman dan agama untuk membimbingku suatu hari nanti apabila tiba masanya saat kita dipertemukan Allah. Maafkan segala keterlanjuranku sepanjang hayatku sebelum kita dipertemukan; iaitu saat ini. 


Akhir kata, semoga Allah melindungi kamu dan aku walau di mana pun kita berada. Semoga Allah lah yang akan menjadi urusan utama kita pada setiap ketika, semoga syiarnya kita bisa perjuangkan walau di mana jua kita berada. Aku berharap agar imanmu sentiasa sihat. Insyaallah, aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga diriku sebaik mungkin. Hidupku cuma ada Allah, dan itu keyakinanku. Semoga kita dipertemukan oleh Allah pada masa yang telah Dia tetapkan untuk kita. =) 
p/s: to my mr.right d mane saje awk brade skunk ni, i'll be waiting for u...hahahaha ayt x blh blah...
~kredit to blog dr.cinta ~

Thursday, March 10, 2011

FRUST DALAM BERCINTA....


Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas ataupun kecundang d sebabkan ketidakjujuran.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.” Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
 Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita. 

p/s: insaf jap bce artikel ni... :(

Tuesday, March 8, 2011

sape suke mkn IKAN KELI sila bce dgn segera!!!

seharian ujan kt ganu ni...mnjadikan ak semakin malas nk bt pape..niat d hati nk study pn terbantut d sebabkan faktor cuaca...xde kene mngena lgsung..hahaha alasan yg x munasabah padahal memg mls nk stdy pn...
ak bace 1 entri kt blog ni yg sgt2 brgune pd ak sbb ak sgt2 suke mkn ikan keli goreng berlada...maveles beb..superb n yummy...hehe

PERBEZAAN IKAN KELI (CAT FISH) MEMAKAN BAHAN HALAL OR HARAM....

haram (ikan yg d ternak org non-muslim d beri mkn perut ayam, bhn buangan, bangkai or organ dalaman babi. sume bende itu x halal d mkn muslim).
- kepala brbentuk 'V'
- bentuk badan mirip torpedo
- badan warna hitam dan berkilat
- bahagian bawah badan warna putih melepak
- bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
- apabila digoreng akan meletup krn banyak lemak



halal (ikan yg d beri makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
- kepala berbentuk 'U'
- badan bentuk tirus
- berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
- tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
- di goreng tidak meletup

                              *************************************

tp klu ikan keli gergasi besau giler cmni...korg sanggup x nk mkn?? mak ai silap2 ikan ni yg mkn korg...hahaha

tengok org 2 pn x larat nk angkat...giler r sgt2 besau kn...kn...takot den


mekacih pakcik google...   ~ sharing is caring ~

Monday, March 7, 2011

Apa maksud ABCDEFG and GFEDCBA..??

Ni ak dapat dari facebook kawan aku.. just wanna share here.. hehe..
 

 hahahaha...ade kene mngena gn korg x???

Friday, March 4, 2011

saye sayang mereka semua :)

dlm idup ni ape yg paling penting adalah sahabat..betul kan..kan..kan..kemana saje kite pegi n ape sekalipun kite nk buat kite mesti btau membe2 kite kn klu blh sume bende kite nk buat same2 tol x..kalau xde kawan x hapening la idup kite ni..kalau xde kwn gk idup kite ni suram je..kawan2 la tempat kite mengadu segala suka dan duka tp 2 la nk mencari kwn yg sanggup bersame dikala susah dan senang memang payah..ok ak bukan nk cite sal kwn mkn kwn ke n yg berkaitan dengannye..ak nk cite sal kwn2 yg ak sgt2 sayang..ak ni anak 1st n the only daughter in my family..so sure la ak memang x pernah rase mcm mane sharing2 cite gn kakak or adik perempuan sbb adik ak boy..mesti best kn klu blh share sume problem kite gn kakak, berborak mlm2 smpai tertido,pas2 kuar jln same2, xde baju amek je baju die wt harta..tp mimpi jela cha oi..klu ade pape pn ak btau mak ak jela tp phm2 jela x sume bende kite leh cite gn mak kn..kene lak mak ak jenis hangin 1 badan, klu mood die tgah ok, ko cite la kt die sal pakwe2 ni die memang sporting beb siap bg nasihat lg...tp klu mood die tgah x baek pas2 cite lak sal pakwe memang menempah maut la jwbnye.."ak soh ko blajar ke ak soh ko menggatal"..hahaha ak da hafal da ayat mak ak 2..ok skali lg ak merepek ye..sengal!!
emm pd ak kwn ni sgt penting lam idup ak sbb kwn2 la tmpt ak mengadu nasib selain mak ak..yurp kwn lg pnting drpd pakwe...sape setuju kembang hidung cepat...kakakaka kene lak skunk ni ak tercampak jauh kt pantai timur n ak xde sorang pn sedara-mare kt sini ye..so ak sgt menghargai kwn2 ak..sekejap je kan da dekat 2 tahun da ak menimba ilmu kt terengganu ni..mcm2 pengalaman pahit, manis, masam, payau sume ade la..tp dgn adenye kwn2 ak masih mampu bertahan smpai ke detik ni..thanks to all my friends..ak sayang giler2 kt korang..even ak ni ckap ikut sedap mulut ak je..prangai pn xde r bagus sgt..tp korg still bertahan gn ak..sy amat menghargai kalian dlm idup sy..peace no war :)







cara lelaki try cinta wanita....

da lme gler ak x menulis pape kt blog ak ni kn...kesibukan yg smakin mnjadi-jadi skunk ni...tiap2 minggu ade je test..pas2 weekend nk kene siapkn tutorial lg..bosang ah da rse cm nk final lak no time to lepak2 anymore... :'( emm tp ak ni xde la rajin sgt pn masih d takuk yg lame jugak...hehehe lam ati ni ade rase nk brubah tp tgok je buku yg tebal 2...alamak mls r klu ak study pn x lame ak blh brtahan..tgok skali pergh khusyuk 2 study, jap g ko tgok r skali g slamat da ak smpai kt korea...hahaha 

ok berbalik kpd tjuk entri di atas..sy berblogwalking n singgah kt 1 blog ni..rse cam ooo cmni rpenye lelaki..huhuhu klu x prcaye korg bace r..pas bace konpem
girl : a ah ek bru ak prasan...
boy : alamak kantoi suda...

1) TRY KESETIAANYA.. 
tujuan : utk dapatkan pasangan yg setia dan jujur

projek 1 : si boy x call si girl selama 2- 3 hari (lg lame lg bagus)
tindakbalas :-
1. si girl x call jugak. keputusan GAGAL
2. si girl call hari2. keputusan LULUS

projek 2 : si boy mintak kwnnye yg ensem pas2 stylo ayat si girl
tindakbalas :-
1. si girl mngaku masih solo. keputusan GAGAL
2. si girl x layan dan terus mngadu kpd si boy. keputusan LULUS

2) TRY TAHAP CEMBURUNYA
tujuan : utk mengetahui si girl kuat cemburu ke x

projek 1 : si boy kenalkan pada kwn2 perempuan die
tindakbalas:-
1. si girl tunjukkan muke "ketat" pas2 tanye soalan mcm2. keputusan GAGAL
2. si girl cool je siap berbual mesra pas2 bertepuk tampar lg. keputusan LULUS

projek 2 : si boy bukak cite sal bekas awek die yg dulu
tindakbalas:-
1. si girl : tanya soalan yg berbaur dengki..dia cantik ke?? keputusan GAGAL
2. si girl dengar je pas2 bg nasihat..maybe da xde jodoh awk gn die..jom mulakan yg baru gn i.. keputusan LULUS

3)TRY LEVEL MATERIALISTIK
tujuan : nk tengok si girl ni tinggi ke maintainancenye (ayat ni blh ak hangin..igt girl ni barang ke ape)

projek 1: si boy bagi hadiah murah je..cth baju yg di beli kt pasar malam
tindakbalas :-
1. si girl tanye harga n tempat yg di beli. keputusan GAGAL
2. si girl pakai dgn hapinye..pakwe yg bg kn... keputusan LULUS

projek 2: si boy ajak makan kt warung2 tepi jalan 
tindakbalas:-
1. si girl buat muka pas2 bg mcm2 alasan. keputusan GAGAL
2. si girl x banyak kerenah terus mkn gn slambe. keputusan LULUS

4)  TRY TAHAP KEEGOAN
tujuan : nk tengok si girl ni tinggi ke egonye n berlagak x

projek 1: si boy ajak ke parti harijadi membenye
tindakbalas:-
1. si girl tolak sekeras-kerasnye pas2 nk si boy ikut ckp die. keputusan GAGAL
2. si girl ikut je sambil bg cadangan "pasni u ikut i pulak ye". keputusan LULUS

projek 2 : si boy menolak ajakan si girl utk mengikutinya ke parti harijadi kawannye
tindakbalas :-
1. si girl pakse si boy ikut jugak..klu x ugut nk clash. keputusan GAGAL
2. si girl pujuk dgn lembut tp akur dgn keputusan si boy. keputusan LULUS

FASA TERAKHIR PENENTU SEGALA-GALANYA... 
tujuan: samada teruskn hubungan atau REJECT terus

projek 1 : si boy mengadu xde duit pd bulan tersebut krn ade mslah2 tertentu
tindakbalas :-
1. si girl buat x tahu tp diiringi dgn kata2 semangat "apalah u ni muka je ensem tp pokai". keputusan GAGAL (nampak gayenye si girl ni xnak "bersusah" sama2)
2. si girl tanye nk pakai duit ke pas2 klu die baik hati mesti die bg pinjam. keputusan LULUS
(si girl 2 memahami anda)

projek 2 : si boy bawak balik si girl ke kampungnye sbb ade kenduri pas2 suasana pn tengah meriah dgn gamatnye
tindakbalas :-
1. si girl duduk berdiam diri pas2 x lame bg isyarat nk balik. keputusan GAGAL
( reject terus..perkahwinan bukanlah utk terima diri kita sahaja tp perlu terima keluarga kite jugak) 

2. si girl ringan tulang, beramah mesra dgn ahli keluarga anda. keputusan LULUS
(konpem r seluruh ahli keluarga si boy pn suke kt si girl siap puji berbakul2 lg)

hahahaha...penat ak taip..ini sume sekadar gurauan je...jika korg rase diri korg pernah atau akan di uji sebegini, fikirlah sebaik-baiknye utk diri korg!!! apepn keputusan korg jgn silap percaturan suda..igt kawen bkn utk seketika je tp utk selamanye..n sbg perempuan kte pn mesti bijak memilih pasangan idup kite..klu lelaki blh test cinta kite, kite pn blh test cinta dorg gk rite?? kite pn berhak memilih pasangan idup yg terbaik utk memimpin idup kite kelak..don't let boys look down on us!!!