Tuesday, May 29, 2012

Sedetik bersama Ustaz DON..


Terkesima sekejap tengok ustaz DON. tak nampak langsung gaye seorang ustaz. dah la pakai spek rayban dengan tali leher merah menyala. memang tersangat lah sempoi dan stylo yo. yang berjubah tak semestinya ustaz, yang ustaz tak semestinya berjubah kan. apa yang penting don't judge a book by its cover. sedetik lebih bersama ustaz sangat best. banyak sangat ilmu yang dapat dipelajari dan aku telah jatuh hati dengar ustaz bace ayat suci al-quran..  ^_^

Thursday, May 24, 2012

untuk awak yang bajet romeo

Assalamualaikum ^_^

tibe-tibe saya teringat kat awak. tak tahu lah kenapa. sejak kebelakangan ni, saya rase macam saya takde mase untuk awak. sori sangat-sangat ye. awak pulak selalu balik keje lewat. malam-malam pun awak masuk pejabat. kesian awak. saye nak bagi ubat kat awak ni biar awak senyum je dua puluh empat jam macam orang sawan.hekhek


dulu awak nak kawan dengan saya. tapi saya taknak kawan dengan awak.
macam-macam awak buat nak kawan dengan saya. tapi saya tetap taknak kawan dengan awak.
mula-mula, awak cari rumah saya. awak jumpe mak saya. awak bawak saya keluar pastu belanja saya cool blog tapi saya tertumpahkan cool blog tuh dalam kereta awak. 
saya malu sangat-sangat tapi awak senyum je.
daripada saya taknak kawan awak terus saya nak kawan dengan awak. 


lepas tuh, awak datang rumah saya. 
awak jumpe family saya.
ayah saya garang sangat-sangat. ayah tengok awak macam nak makan. dari hujung rambut sampai hujung kaki semua ayah telek.
tapi awak rilek je.
awak bajet macho kan?
saya segan sangat-sangat sebab saya orang kampung je banyak kekurangan.
awak cakap takpe awak terima saya seadanye.
awak takkan biarkan saya susah sensorang.
susah macam mane pon situasi saya,
awak mesti nak jadi wonderpets untuk saya.
awak bajet hero bukan?
eh, ingat saya cair ke? 


saya tahu awak cuba nak nampak romeo depan saya.
mase arwah abah saya meninggal, saya rase tertekan sangat-sangat. saya terkejut.
awak ajak saya tengok wayang cite avangers.
tapi awak..
macam mane saya nak fokus tengok cite tuh kalau hati dan perasaan saya sangat-sangat tak tenang mase tuh.
lepas tuh, buat pertama kalinye, awak belikan saya kasot merah.
eh saya suke. suka sangat-sangat awak!
konon sweet lettew.
tapi awak hati saya suke sekejap je.
lepas tuh, saya menangis banyak sangat-sangat kan?
walaupon romeo awak tak brape nak menjadi, saya tetap hargai. 

awak suke membebel. potpet awak susah nak berhenti.
cik ani belakang umah saya tu pon kalah.
kadang-kadang saya buat tak tahu je. ngeh3

awak cakap saya degil.
awak memang suke cari pasal dengan saya.
saya pulak memang suke buat awak marah.
awak marah kalau saya buat salah padahal saya buat bende betul.
mungkin awak ingat apa yang awak buat tu lagi betul.
takpe. saya mengalah. lepas tuh awak pulak selalu mengalah.
padan muke. hahaha

saya tahu awak suke bajet penyabar layan kerenah saya bukan? :p
saya hargai apa yang awak buat untuk saya.

Ya Allah, jika benar kau hadirkan si dia di dalam hidupku,
Engkau dekatkanlah hatinya kepadaku,
Dan dekatkanlah hatiku kepadanya,
Semoga perhubungan ini diberkati dan tidak sia-sia.
Insyaallah.
Engkau yang maha mengetahui segalanya.
Mungkin si dia sang pelangi indah yang Engkau berikan kepadaku.
Setelah hujan dan ribut petir Engkau datangkan kepadaku.
Amin Ya Rabbal Alamin...

hard work pay

doodles cik mel amalina :)

jam menunjukkan pukul 2.30 minit pagi. tibe-tibe rase nak menghupdate blog sebab otak sudah tidak mampu untuk mengolah sebanyak mungkin perkataan untuk menyiapkan projek ilmiah tahun akhir. mate sudah tidak mampu untuk memahami istilah dan simbol-simbol dalam jurnal-jurnal lama matematik. jari-jari sudah kepenatan menaip berhari-berhari. nescafe sudah tidak mampu lagi mengaktifkan neurotransmitter. semakin banyak kali dibace, semakin bertambah idea untuk membuktikan teorem-teorem matematik tetapi apabila jari mula menari-nari di atas papan kekunci kebuntuan melanda. segala idea lari bertempiaran. bagaimana konsep matematik yang penuh dengan pelbagai istilah, simbol, algoritma serta formula hendak di olah di atas layar putih microsoft word? alangkah bahagianya rase jika seorang pelajar matematik dapat mengolah ayat matematik dengan baik seperti seorang pelajar sastera sedang berkarya dengan penuh puitis. pasti Dr. Zabidin berbesar hati dan tanpa ragu-ragu memberi A kepadaku. tapi itu semua hanyalah angan-angan :( saat ini juga, pasti semua rakan-rakan sedang bertungkus-lumus menyiapkan projek masing-masing. siang tadi baru selesai asignment video meeting untuk subjek english for occupational purpose , esok ade mock job interview, minggu depan presentation bisnes proposal dan submit tesis, minggu depan lagi mula exam dan presentation untuk asignment subjek topology. presentation projek ilmiah tahun akhir menunggu giliran. semoga segala urusan dipermudahkan..amin

i know i'm not working hard enough, but surely i know all the hard work will pay off someday...
i see some people are living good while i'm struggling but i know i'll be living better...
sabarlah wahai hati.. ^-^

Friday, May 18, 2012

Final Exam. Final Semester. Final Year.

Draft final exam da keluar! ahhh meroyan kejap. Rase macam baru je semalam daftar sem tetibe jadual exam da keluar. Tetibe kuliah tinggal dua minggu je lagi. Tetibe tinggal sebulan je lagi aku kat bumi UMT ni. Tetibe da nak abes dah belaja. Tetibe rase taknak abes belaja pulak sebab nanti tak dapat jumpe kawan-kawan lagi. Apakah ini? Mase terlalu cepat berlalu atau aku yang tak sedar mase tuh berlalu.  Memang betul pun cakap kawan-kawan, zaman matrik kite belajar erti percintaan, zaman universiti pulak kite belajar erti persahabatan. Walaupun kawan mase matrik dan kawan mase universiti jauh berbeza tapi aku bersyukur sangat dikurniakan kawan-kawan yang hebat. Terima Kasih Tuhan..


4/6/12     BBB 3103    English for Occupational Purpose  
13/6/12   BBB 3201    Bahasa Melayu Ilmiah
14/6/12   COM 3102   Komunikasi Kumpulan Kecil
17/6/12   MKP 4301   Advance Numerical Analysis
19/6/12   MKP 4602   Topology

End of may = Submit final draft FYP
After exam = Presentation FYP

meniti hari-hari terakhir sebelum menamatkan pengajian :)
semoga dipermudahkan segala urusan.amin..

Wednesday, May 16, 2012

selamat hari guru..

cikgu bahari tetap di hati.

walaupun cikgu dah lama pergi meninggalkan kami tapi jasa dan pengorbanan cikgu tetap dalam ingatan dan kenangan kami. kami amat merindui cikgu. semoga cikgu aman disana dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. SELAMAT HARI GURU, CIKGU! sekalung al-fatihah tanda ingatan kami buat cikgu..

kata orang; sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna lagi. itulah yang terjadi kepada aku dan kawan-kawan SKPP yang lain. dah menjadi kewajipan setiap kali raya, kitorang akan berkumpul raya rumah kawan-kawan pastu malam raye umah cikgu-cikgu pulak sampai tak ingat nak balik umah sendiri. sekolah kampung kan berapa kerat jelah studentnye. tapi last year, tak tahu lah maybe sebab cuti sekejap je then masing-masing ade agenda tersendiri so kitorang tak sempat raye umah cikgu-cikgu. mase raye tuh jugak, murni kawen (budak yg mulutnya paling kecoh mase skolah dulu) so, ofkos la kitorang sume datang dengan cikgu-cikgu pun datang. murni ni pulak TLDM bertemu jodoh pun dalam TLDM. mau tak grand die kawen. memang melopong la mulut kitorang sume tengok. mase tuh jugak arwah cikgu bahari tanye bile nak beraya umah saye. kitorang jawab nanti kitorang datang nak raye uma cikgu fauziah, cikgu mohammad, cikgu azizan dll skali tapi lastly satu uma cikgu pun kitorang tak pegi beraya. kenapa ya? tak ingat la. mase dapat berita cikgu dah takde, memang kitorang terkilan sangat-sangat. sampai makayah kitorang pun cakap kenapa lah korang tak pergi beraye umah cikgu bahari last year kan da menyesal. :'(

mase muni kawen.. :)
abaikan budak paling tinggi dalam gamba tu ye..