Tuesday, July 10, 2012

kampung warisan negeri melaka :)

Assalamualaikum..

pejam-celik-pejam-celik da dekat 3 minggu da aku menamatkan alam universiti. macam x percaye je da abes blaja..hehe back to the topic, sebenarnye ni cite minggu lepas tau. nak update blog asyik tak sempat je. balik-balik umah je kat kampung aku ni sume orang tengah bz nak menyambut kedatangan budak-budak UUM. dorang buat program desa bakti 1 malaysia ala lebih kurang macam program anak angkat gitu lah. kampung warisan negeri melaka la katakan. hebat jugak kampung aku ni kan..haha nak dijadikan cerite memandangkan aku da terconggok kat kampung ni kan pakcik, makcik, atok, nenek sume suruh join program ni. mule-mule suruh aku jadi urusetia jungle trekking. ok la aku pun dengan semangat wajanya pakai baju celoreng bajet orang kuat program la kan  pastu suruh bawak first aid last-last aku lak yang kene jadi peserta dengan budak-budak tuh ganti budak injured. aishh ape pun tak boleh. penat la nak cite tengok gamba jela ek :)

my team, hang lekir. saye mengantikan budak yg baju oren tuh :)

misi bermula. tuh die anak kak roy kate org kampung :p

jom masuk...selut ke lumpur ek?

da macam nak rekrut askar da kan?

yg ni paling mencabar kewibawaan aku. menyemberangi parit atas batang pinang. tok busu ngan pak mat cakap naseb baek ko lepas cha kalau tak buat malu askar wataniah je. hamboi jangan la tengok saye sebelah mate je ye..hehehe

agak-agak kitorang kene cari ape kat celah-celah pokok bunga orang ni eh?

nampak x? kitorang kene cari kepingan kecik puzzle kat pokok-pokok bunga pastu siapkan puzzle tuh

done :)

lepas susun puzzle. kene tangkap belut pulak. kalau sekor boleh handle lagi, ni dua ekor lak tuh..eeeuuuuwwww

walaupun da berjaye tangkap belut. to the next cek point tetap kene jawab soalan. tak dapat jawab, muke kene conteng. :'(
soalanye pada tahun berapakah negeri melaka dibuka? manelah kitorang ingat lagi sejarah pakcik oi.

jom maen panjat-panjat lak :)

mission accomplish! tengok muke masing-masing yang tak serupe muka dah..haha

jungle trekking yg sangat2 ohsem sampai kasut boleh jahanam. memang giler punye...

orang kuat program cik talib n pak mat. da puas gelakkan kitorang, dorang pun kene jugak conteng muke..haha

pemuda-pemuda kg parit sidang seman a.k.a urusetia program..sume available lagi.hee

banyak lagi aktiviti yg kitorang kene buat sepanjang jungle trekking ni. kalau cite banyak-banyak kang sampai esok pun tak abes cite ni. haha sesape yg nak rase jungle trekking kt kampung aku ni sila lah datang ke kampung saye. kampung saye kampung warisan negeri melaka tau! cehh promote kampung nampak. haha tak sangke i dah dua tahun berhenti buat aktiviti-aktiviti lasak masih mampu buat lagi bende-bende ni. ingatkan dah pancit da. lepas ni boleh la panjat gunung lak..haha lupe lak nak cite lepas abes jungle trekking ni, petang tuh kitorang ade sukan rakyat lak. jap nak tunjuk gambar......

sape tuh ek? tuan blog la..hehehe

jemput lah datang ke kampung saye.macam-macam ade.. ^_^