Thursday, February 2, 2012

HATI

"Dan kahwinlah orang-orang bujang ( lelaki dan perempuan ) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpahan kurniaan-Nya kerana Allah Maha Luas rahmat dan kurniaan-Nya lagi Maha Mengetahui "

Surah An'Nur, Ayat 32




seorang sahabat kata,

Pelajar-pelajar first dan second year tak payah sibuk nak cari pasangan. Fokus pada study dulu, nanti bila dah tahun akhir, ada je yang akan merisik, berduyun-duyun, berasak-asak. Masa tu barulah fikir pasal jodoh.

Macam mana nak tahu dia pasangan kita, buat solat isthikarah dan musyawarah. Tengok keluarga dia, tengok kawan-kawan dia, sebab kawan mencerminkan peribadi kita. Kalau kawan dengan penjual minyak wangi, wangi lah kita, kalau kawan dengan pembuat besi, tercalitlah busuk pada kita.

Jangan risau pasal jodoh. Yakin sahaja pada Allah. Jaga hati, jaga pandangan dan jaga perbuatan.




Why is it called a crush? It's because that's what happens to your heart when you find out they don't like you back...