Tuesday, October 1, 2013

Belajar Terima

Jujur aku jenis dendam.


tapi sebenarnya aku sedar semua tu tak baik. selama ni aku sedar tapi aku sengaja buat-buat tak sedar sebab aku jenis keras hati. bila marah tu datang aku memang dah tak peduli apa orang lain cakap. sentiasa rasa yang diri sendiri jugak betul. kau nak cakap apa kau cakap. aku boleh buat kering. masuk telinga kiri keluar telinga kanan. itu pun kalau masuk. sebab kadang tu tak sempat masuk telinga kiri dia dah melantun keluar. nampak tak dia punya kering tu macam mana. sebab tu bila kena maki hamun aku boleh senyum balik.


luar je senyum tapi sampai satu masa aku akan duduk sorang-sorang lepastu aku muhasabah diri.
lama.


tanya balik mana silapnya
fikir balik apa sebabnya



bukan sehari aku macam ni. bukan jugak dua hari. bukan seminggu. dan bukan sebulan. sebenarnya dah terlalu lama. aku simpan aku pendam dan aku dendam. tapi sekarang aku rasa cukup lah sampai sini. aku kena belajar terima.


semua orang buat silap. aku dia kau mereka, semua pun pernah buat silap. cuma satu je cara untuk tenangkan balik diri kita yang sakit teruk tu. belajar terima. ada sebab kenapa Tuhan jadikan kisah hidup kita macam ni. kalau nak kata tentang sakit bukan kita seorang je yang sakit. orang lain pun ada sakit dia yang sendiri. kita dah besar. fikir cara orang besar.




tipulah kalau kata aku tak sakit.

Maaf.



Maaf sebab buat kau fikir aku ini manusia paling sempurna. Bila timbul satu cela itu kena pada aku, kau tak mampu nak hadap aku lagi. Kau benci aku. Kau pergi jauh dari aku. Salah aku. Salah aku sebab selama bertahun lamanya aku terlalu menjaga hati kau. Salah aku sebab aku tak sempurna seperti apa yang kau jangka. Salah aku selama ini terlalu rapat dengan kau.

Cuba kalau kita tak pernah dekat?

Salah aku asyik cuba untuk orang faham aku sebab aku letih hari-hari aku sedaya upaya untuk cuba faham dan selami hati orang lain.

Kalau suka dan tenang buat begini, Pergilah.

PERNAH..

pernah?
pernah tak kau rasa sayang sangat kat seseorang
sampai apa dia buat
apa dia cakap
apa dia fikir
apa dia dengar
apa dia percaya
apa dia suka
apa dia benci
semua kau nak tahu


sampai kau sanggup maafkan apa juga salah dia
kecil, besar, kau sanggup lupakan
sebab nak lupakan salah tu
lebih mudah dari kalau kau pilih untuk lupakan dia
sampai dia kau letak paling atas


apa yang lain cakap
apa kanan kiri bisik
kau dengar tapi kau peduli apa
untuk buang dia, mustahil
sampai kau bukan setakat bayangkan
malah kau diakan
yang di masa depan kau
dah tertulis
dia ada
sampai godaan lain
secantik sekacak mana
tak akan lebih cantik
tak akan lebih kacak
dari dia di mata kau


sampai mampu tertitis airmata kau
kalau dibayang hidup kau
tanpa ada dia
aku tak pernah


Sofa Biru - Nadhira Brundage




Wednesday, July 17, 2013


the way you come..the way you smile..ahhh rindu tau!

I think that one of the biggest reason why relationships do not work out in the long run is because at one point, one side (or both) stops trying. Before one claims another person as their significant other, they would do anything to make that person happy. They would chase, they would flirt, they would be charming. They would send daily morning and goodnight texts every time you wake up or go to sleep. They would write corny messages and pick up lines just to make sure that there is a smile upon your face. But once they claim you as theirs, all of those things eventually stop. The 5 page texts slowly turn into 1. The constant calls turn into not calling at all. And the lovely endearments turn into daily arguments. In order for a relationship to work, don’t ever stop chasing. Just because the person you want is now consider “yours”, it does not mean they deserve anything less than the time when you’re trying to win them over. source: link
COMMUNICATE: do it often. do it everyday.

kejarlah dia tanpa kamu pernah merasakan sekelumit rasa putus asa, putus harap, putus nyawa. pendek kata tanpa rasa lelah. eh, method ini bagus untuk pasangan yang sudah halal. yang belum sah tu, jangan over ya. 
p/s : pegang janji Allah, mase bercinta akan penuh dengan kesedihan, mase bertunang akan penuh dengan dugaan tapi Allah akan gantikan dengan kegembiraan selepas perkahwinan. insyaa Allah ;)


Wednesday, December 26, 2012

Cerita Konvo Saye :)

assalamualaikum. :)

tersangat la lame tak menghupdate blog. rase macam nak delete je blog ni tapi sayang pulak sebabnye macam-macam cerita ade dalam ni lepas tu kan en.haziq baru bagi gamba konvo ari tu so ari ni disebabkan bos takde kat ofis, keje pun da siap tetibe mood rajin nak update blog pun datang.hehe 

yeay..gamba konvo ritu da sampai tapi muke hodoh! fullstop

family. suke tengok mak suke :)

kepada en.haziq dan mak en.haziq tq bagi bunge. 1st time saye dpt bunge. ihiks :)

bestie (tyqa and dolly) sorang lagi tika da lenyap entah kemana. sedey tak sempat nak amek gamba same-same naseb baek la dapat tido same-same kat homestay. oh ye en.haziq cakap muke dolly macam muke cintaku bee. betul ke??

me,tasya n scha. yang baju ijau tu kan kawan dari 1st day masuk UMT sampai last day kt UMT and sampai bile-bile kite kawan. :)

kawan-kawan. tak sempat nak jumpe sume. janji nak amek gamba preconvocation same2 kat masjid kristal ngan TTI pun tak sempat. sedey giler! :'(

sangat2 suke gamba ni..hehe terima kasih yang tak terhingga mcik alijah..terima kasih jugak angah ikh bee :)

kenangan terindah..wink..wink..

last skali mesti la wajib gamba tuan blog..hahaha yeeepppiii saye da tamat belajar.alhamdulillah :)